Thursday, May 28, 2009

BULAN TEKNOLOGI PERTANIAN DI CAMERON HIGHLANDS



Pada musin cuti persekolahan minggu depan, akan berlangsung Hari Teknologi Pertanian yang dianjurkan oleh MARDI Cameron Highlands. Acara ini akan berlangsung pada 6 - 8hb Jun 2009 di Taman Agroteknologi Mardi. Majlis perasmian oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Haji Noh Omar akan diadakan pada 7hb Jun 2009 ditempat yang sama.

Bulan Teknologi Pertanian merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertujuan membudayakan amalan turun padang di samping meningkatkan kerjasama dan semangat berpasukan MoA Inc. Penganjuran aktiviti ini menyediakan landasan yang berkesan bagi meningkatkan pemindahan dan pengkomersilan teknologi melalui penyebaran maklumat kepada golongan sasar.

Teknologi Pertanian dianjurkan bagi mencapai objektif berikut:

• Menyediakan landasan berkesan untuk meningkatkan pemindahan dan pengkomersilan teknologi
• Mendapatkan maklum balas pelanggan mengenai status penggunaan teknologi.

Sehubungan dengan itu semua pengunjung dijemput hadir. Banyak gerai pameran dan jualan akan dibuka dan pastinya pengunjung yang bertandang ke Cameron Highlands pada tarikh tersebut akan berpuashati mendapatkan produk Cameron pada harga berpatutan.

Pusat maklumat Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands. Gambar nie diambil bulan april dulu, sekarang dah tak macam nie....warna dah tukar.

4 comments:

  1. pnah jejak tempat ni zaman muda2 dolu~~

    ReplyDelete
  2. makin sesak ler jalan sana nanti...

    ReplyDelete
  3. aku pun dah pening nie....ramainya pelancong kat CH, semalam makan kat Zainab Sam, tunggu oder hampir sejam...itu cuma oder nasi goreng...

    ReplyDelete
  4. Info yg bagus....Bru pk nk pegi CH lusa...

    ReplyDelete