Friday, November 26, 2010

Homestay milik Mak Nab


Banyak juga pengunjung blog yang bertanya mengenai homestay milik Mak Nab. Untuk makluman pembaca blog lainnya, Mak Nab ialah pemilik Gerai Zainab Sam di medan selera Tanah Rata. Antara kedai makan yang digemari oleh pelancong dan penduduk tempatan. Beliau bersama suami beliau iaitu Pak Wan amat peramah dan sentiasa lembut orangnya. Padanlah sebagai antara orang tua yang disegani di cameron Highlands.

Makan di gerai beliau beberapa malam lepas, memberi peluang saya untuk "menemuramah" beliau untuk mendapatkan no telepon beliau. Khas untuk pembaca blog yang ingin bertanya/menempah homestay beliau di Taman Sedia.

Beliau boleh dihubungi melalui alamat dibawah

Hajah Zainab Bt Sam Abd. Latiff
Bunga Raya Homestay
(Villa Anis)
No. 48, Kampung Taman Sedia
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Pahang
Tel rumah: 05-4911917
H/P: 017-4826816/019-5968327

Mak Nab sedang posting macam anak dara didepan salah satu menu utama gerai beliau - Nasi lemak. (Gambar bukan aku ambik arrkkk....aku copy dari internet jer...)

4 comments:

  1. Salam..

    Thanks 4 d info...
    Sesekali lepak homestay besh gak..
    mujur2 dpt ikut tuan umah p petik teh..
    tlg jaga gerai pun boleh hikhik...

    ReplyDelete
  2. thanks 4 the info..
    nk tnya 1 night brapa ekk utk homestay ni?

    ReplyDelete
  3. Kedai mkn Mak Nab the best.....dgn bangga aku mengaku aku org CH...huhuhu.....cikgu raflis n mak tam jiran aruah tokwan dulu.....rumah aruah tok wan num 18,malangnya...rumah tu bukan milik kami lg... sedih :((

    ReplyDelete
  4. bru pas call td, owner ckp dah xbuat homestay dah umah tu

    ReplyDelete