Wednesday, June 30, 2010

HANTU?



Saya ditanyakan soalan berkaitan lokasi berhantu di Cameron Highlands oleh beberapa pengunjung blog melalui email. Biasanya saya jawap email tersebut dengan beberapa jawapan yang bercampur seram dan lawak sikit. Tapi bila dah banyak sangat orang menghantar email berkaitan perkara sama, lebih baik saya buat N3 berkaitan sahaja.

Persoalan pokoknya....adalah beberapa tempat tertentu seperti hotel, homestay dan lokasi tumpuan pelancong di Cameron Highlands itu berhantu?

Jawapan saya cuma merupakan pendapat peribadi, pengalaman dah bertahun-tahun jadi warga Cameron. Bagi orang lain, tentunya jawapan akan berbeza. Terpulang pada anda untuk menilainya.

Pendapat saya, jika anda fikirkan hantu, maka semua lokasi di Cameron sebenarnya berhantu!. Terutama jika lokasi anda menginap itu jauh sikit dari bandar, keliling pulak hutan tebal. Kuarters saya duduk pun ada jugak makhluk tu. Belum lagi kuarters di Sg. Burung. Dah memang tempat tinggal diorang. Kita yang meneroka tempat nie dan duduk sekali dengan mereka. Hospital di Tanah Rata? Kan hospital tu dok kat hujung dunia....cubalah cari hospital tu dan nilai sendiri lokasinya.

Hotel pulak? Saya tak pernah menginap di hotel, jadi saya tak pernah alaminya. Dari pengalaman pengunjung blog, antara hotel "keras" ialah hotel Star Regency, Country Lodge Resort, Bala Chalet. Itu cerita orang la...bukan saya yang alami sendiri. Takut nanti saya disalahkan bila ramai pengunjung taknak dok kat hotel tu. Cuma hotel budget, tak pernah lagi orang komplen disakat dek hantu. Mungkin hantu nie suka pada orang banyak duit kot.

Lokasi tumpuan pelancong pulak? Jalan masuk ke Boh Plantation di Habu. Cubalah kalau berani, lalu jalan tu pada waktu malam, sampai satu selekoh yang ada air terjun kecik. Singgah situ dan tunggu......dah ramai orang jumpa pompuan mengilai kat situ. Cerita nie saya dengar dari kakitangan kat ladang teh tu sendiri.

Pengalaman saya? Saya alami hanya dirumah yang saya dok sekarang nie. Rumah tu dimana, tak perlulah saya bagi tahu. Takut takde sesapa nak singgah nanti. Paling risau bila anak nombor 2 saya tu demam. Mulalah matanya cerah semacam dan nampak "member" kita tu. Masa dulu sibuklah baca ayat Alquran mana yang ingat. Bila dah lelama naik menyampah pulak. Sekarang siap suruh balik lagi...."ko balik la...anak aku demam nie, dia nak tidur...ko jangan kacau la". Berani la pulak kan? Iyelah, kita kan cuma duduk sekali dengan diaorang. Ko jangan kacau aku, aku pun tak kacau ko. Harap-harap cukuplah segala pengalaman yang saya alami.

Itulah hakikatnya. Bila kita fikirkan semua tu, mulalah syaitan tu masuk mengoda kita. Bagi orang penakut, makin menjadilah semua tu. Bagi member yang dah perangai macam hantu. takde pulak dengar cerita kena sakat. Mungkin makhluk tu lebih suka sakat orang baik kot.

Apa pun N3 nie hanya sekadar tulisan biasa, sebab dah lama tak menulis. Kalau bertandang ke CH nie, bergembiralah. Jangan difikirkan sangat benda tu hingga percutian anda tidak seindah mana.

Tapi kalau kena jugak, pergi je ke masjid di Brinchang. Cari orang tua nama Pak Long, duduk kat flat Muhibbah. Tahulah orang tua tu nak buat apa.....

62 comments:

  1. salam kak mahnim... masuk log akak ni, dah 3 blog cite pasal makhluk ni kat cameron.. seram la pulak.. tp bila pikir balik, kat mana2 pun benda ni ada.. janji dia x kacau kite, kita x kacau dia sudah la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..memang berhantu seram.orang cakap indah khabar dari rupa.dahlah harga pun mahal.bayangkan 2 malam harga 800 lbih.nak di jadikan cerita saya bercuti pada mlm jumaat smpai ahad.saya booking online.saya tertarik image yg bagus dgn bilik besar katil ada 2.sbb saya terima semua pakej yg saya nak semua ada.
      sarapan pagi.kemudahan tandas dn lain2 lah.
      bila saya chekin dn saya tanya semua pakej yg saya nampak dari image dn saya booking
      dia bagitahu kita pula
      dia tak link dgn kita booking.tapi duit pembayaran dah ambil.
      kita tak ada pilihan terima sahaja.
      di counter ada bagi kunci bilik no R28.
      ingatkan bagi bilik yg kita tengok
      tapi cantik dari pemandangan bawah sahaja.
      kita di beri bilik tingkat atas dgn anggaran ada 7 bilik.luaran nampaklah cantik sbb di penuhi pokok2 dgn bunga2 yg cantik.tapi sedikit rasa sangsi tengok bumbung tak di perbaiki.dn bahagian belakang di penuhi dgn hutan2.hanya kami sahaja tinggal di bilik atas.semua bilik kosong.simpan nak masuk ke bala chalet pun nampak mcm seram aje.
      kami berempat menginap di bala chalet.mlm pertama dah ada ganguan tapi tak teruk sangat.mgkin perkara biasa perubahan tempat kot.dahlah pintu tak ada keselamatan langsung.berpandukan tombol lock setiap pintu bilik dkt rumah.kita dapat jiran kanan kiri dgn harapan tak takutlah sbb ada juga orang menginap sebelah bilik kita.
      tapi betul2 mlm terakhir kita nak chekout.
      semua ada dengar
      seorang nampak mcm kelibat orang
      seorang ada bunyi kipas wap bunyi dlm bilik air.seorang bunyi orang buka paip air hujan
      seorang bunyi ada orang jalan dari tingkat atas.benda nih berlaku dlm lingkungan 2.00 pagi.dgn kawan yg tdr dkt tingkat atas semua tidur bilik bawah.nak di katakan pada mlm hari rasa sejuk sbb atas bukit.tapi mlm tu rasa panas sangat.
      semua lampu kita orang buka.dn kita pasang ayat2 al quran dgn surah yasin ayat kursi.
      bayangkan mcm mana takutnya kita masa itu.
      1 katil boleh tidur 4 orang.dn ada yg sembahyang sunat semualah.
      smpailah nak subuh baru kita orang boleh tdr.itupun tdr dengan ayat2 al quran dari tel.
      pengajaran untuk kami.
      lain kali kalau nak pilih tempat penginapan
      jangan tengok pada gambar hiasan sahaja.ala2 pemandangan luar negara.
      cari aparment pun ok janji ramai orang.
      dn harga pun mahal tak berbaloi dgn apa yg di bayar.customer services pun tak ada.button keselamatan pun tak ada setiap bilik.
      dn saya nak bagitahu pada pengurus hotel.janganlah semata2 nak ambil keuntungan semata2.tapi aspek keselamatan tak ada.dn saya harap buatlah perubahan
      mcm bangunan,tangga usang nak naik ke chalet atas.sediakan pencahayaan yg terang dlm setiap bilik dgn luar.saya tak kisah harga mahal pun janji kita berpuas hati.
      kejadian baru berlaku mlm 13&14hb 4 2019

      Delete
    2. Dulu pernah pergi stay kat Bala Chalet ni..sekitar thn 2010..3hari 2 mlm . Tempat yang cantik ..cottage inggeris lama ... ..gangguan Tu sy tak kena, tpi ada Rasa lain sikit..lebih2 lagi kat cottage tingkat atas.., sy mula perasan kat Lobi selalu pihak chalet pasang lagu sembayang gereja Dan tak dibenarkan snap pictures Di kawasan tersebut.

      Delete
    3. Cameron adalah salah satu tmpat percutian yg sy sgt2 suka
      Sbb sejuk tenang dan mendamaikan
      Mmg seram bila baca kisah2 seram ni wlaupun selama ni sy xpernah alaminya
      Paling last sy g cameron pada bulan januari 2020
      Sy stay kat copthorne bilik brape xingt,tgkat belas2 xingt brape
      Siang2 mmg indah permandangan situ
      Tapi bila masuk senja mmg seram yakamat
      Sbb gelap gelita dan sunyi
      So far alhamdulillah xda apa2
      Bnyk dah sblum ni stay kat sana
      Sy stay kat century pines,smurf inn,fauzi homestay,marina chalet,dan bnyk lg..xingt
      Alhamdulillah xda apa2 yg seram
      Mgkin bnda tu tahu yg sy xnak cari pasal n mmg sy penakut hahaha

      Delete
  2. Betul la tu...kat memana pun dia ada. Kita buat tak tahu je.....

    ReplyDelete
  3. yg Bala chalet tu saya sendiri pun pernah kena...salam ziarah.. :)

    ReplyDelete
  4. Sejahtera, kak,...sye x tau lngsong psal hotel brhantu at CH niey...Tapi biler da bace,...fuhhh...nasib baik xde bndew yg kacau kami sekeluarge. Ape pown,...jgn wat pasal at tmpt 'keras' tuh,...uda lahh...

    ReplyDelete
  5. Salam...nasib baik masa kami pg bercuti di cameron dan menginap di star regency tiada apa apa yang berlaku...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Salam...nasib baik masa kami pg bercuti di cameron dan menginap di star regency tiada apa apa yang berlaku...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. baru balik dari bala chalet semalam.. 2 mlm stay sane..seng sorang lak tu.. guest lak xde.. sy je satu2 nye guest yg ada mase tu.. 2 mlm berturut2 kena.. redha je la 2 mlm tu...

    ReplyDelete
  8. baru balik dari bala chalet semalam.. 2 mlm stay sane..seng sorang lak tu.. guest lak xde.. sy je satu2 nye guest yg ada mase tu.. 2 mlm berturut2 kena.. redha je la 2 mlm tu...

    ReplyDelete
  9. saya sekeluarga pernah mengalaminya. tapi setahun 2x datang cameron highlands. hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. sy mpunyai sebuah kisah menyeramkan yg dialami oleh sy dan kwn2 ktika nnginap 1mlm di Heritage hotel tingkat 4,betul2 bilik kami dekat hujung skali mnuju ke tangga.. Rumah hotel yg kami ambil ada 4bilik,dan sy bsama kwn sy mngambil kputusan utk mgambil bilik paling corner,btul2 klaw bukak tingkap mghadap gereja.. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim sy akan ceritakan kisah yg blaku pd sy dan kwn sy.. Kira2 jam 12mlm ktika kwn2 sy yg lain sedang bsembang dan mnonton tv kat ruang tamu,sy tidak dpt menahan rasa letih dan ngantuk lalu mbuka langkah masuk ke bilik,Lalu sy tggalkan rakan2 lain yg sedang bsembang di luar,kira2 jam 3pg.. sy tsentak,tbangun dr tdo lena apabila tdengar bunyi pintu bilik kami buka tutup,Lalu sy xpikir apa tgok sbelah sy kwn dah lena,lalu sy cuba smbung tdo balik,dtg lg bunyi pintu kami buka scara plahan dan tutup balik,sy rase geram krana xtahan dgn bunyi bising itu,Lalu aku kejutkan kwn aku disebelah dan btanyakan.. 'wei ade sesape yg xtdo lg ke kat luar tu'.. Kwn aku yg tbangun lalu geleng saja kpala,Lalu kwn sy bangun dari katil dan menutup pintu bilik yg tbuka.Kemudian kami kmbali mlentokkan mata,selang berapa minit lepas bunyi pintu itu,Sy dgar org cuba buka pintu sperti ada org masuk,Sy buat xtahu saja,ttiba bunyi ketukan di tingkap sperti org mgetuk sbyk 8kali.. Sy suruh kwn sy ttup tingkap,krana kehadiran bliau ada ditingkap,Masa kwn sy mnutup tingkap itu, MASA ITULAH! Lalu sy mula rasa semacam.. Sy bangun dr katil dan mgajak kwn bca ayat kursi,Kwn sy yg tbangun msih binggung dgn keadaan yg blaku ketika itu,sy sorang bangun dan baca ayat kursi lalu selawat sbyk 7 kali dgn menepuk dinding bilik sbyk 7 kali,keadaan kembali mejadi stabil.. Selang bebrapa minit.. Badan sy bergetar dgn kencang2 sedangkan,sy x mrasakan sejuk sgt2,sy cuba mgawal.. Ttp msih x mmpu mnahan,Lalu kwn sblah mulai rasa tidak kena dgn sy,Lalu dia bgegas keluar blik utk memanggil kwn di bilik sbelah dtg,semua dtg msuk bilik kami dan mbaca ayat suci Al-Quran ktika memegang tangan dan muka sy,Sy msih boleh bcakap ketika itu lalu mereka mbawa sy keluar ke ruang tamu.. Kwn sy mminta utk kwn satu lg mbuat teh panas utk sy minum,lalu diberikan selimut yg cukup tebal,Di ruang tamu itu tdapat buku Yassin di rak sbelah tv,Selang selepas sy diberi mnum teh panas dgn slawat 3kali.. Badan sy kmbali biasa(z bgetar) Masa pgang cawan tu,sy dpt rasakan ade ssuatu kawal badan sy,lalu cawan yg dipegang bgetar sgt kuat hampir tumpah,Kwn sy pgang tgn sy agar x jatuh cawan itu,Selepas itu kami berempat mgambil kputusan utk tdo diluar beramai di ruang tamu.. Masa kami tidor di ruang tamu.. Ketika itu mereka dpt mdengar bunyi yg mganggu di dapur pula.. Ttapi ia hanya skjap kami kmbali tidor semula hingga ke subuh..
    Alhamdulillah,kwn perempuan di bilik lain diganggu,Pagi itu baru kami ceritakan pkara sbnar yg berlaku.
    Ini pengalaman sy yg truk diganggu walau cuba menghalau benda itu..
    Harap dgn kisah ini.. Semua dpt tahu sblum mginap di suatu tmpt yg tdak tau asal usulnya.. Semua perkara yg tjadi hanya Allah sj yg taw..

    Sy memesan agar bhati di Heritage hotel tingkat 4(blok A) hujung sekali bilik corner menghadap gereja.. Sekian

    Assalamualaikum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG😲. Betul ker Heritage Hotel lvl 4 berhantu???

      Delete
    2. Sy penah duduk.. Ada nmpk kelibat time tu sy x pakai spek.. Sy abaikan sebab sejuk.. N sy mengantuk
      .tapi sy yakin sidia tu saja nk tunjuk kot

      Delete
  11. copthorne hotel cameron highlands & equatorial cameron ada benda yang menyeramkan x?

    ReplyDelete
  12. Bilik 809 copthorne, mmg tak guna btol..dah balik baru tau.. dah sense something not right..paid 4$++, tak berbaloi.. alhamdulillah selamat the whole family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenape yee dgn hotel tu ? eee beberape hari lagi akan kesana.

      Delete
  13. Badrul naim.. Saya rasa sesuatu yg berlaku tu ada kaitan dengan kaw tempat kerja saya. Awal thn ni makin menjadi2.cerita saudara tu blh jadi panduan pada apa yang berlaku skrg.. Emmm.

    ReplyDelete
  14. Badrul naim.. Saya rasa sesuatu yg berlaku tu ada kaitan dengan kaw tempat kerja saya. Awal thn ni makin menjadi2.cerita saudara tu blh jadi panduan pada apa yang berlaku skrg.. Emmm.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum..boleh ceritakan tak sejarah the smoke house ni,

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..boleh ceritakan tak sejarah the smoke house ni,

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Hi salam semua, l baru balik dr CH hr nie, duduk Country Lodge Resort. I check in hari Sabtu biasalah bilik dah penuh tak takut. I dah 4 kali menginap disini dgn suami tapi so far rasa ok jer. Cuma first time tu honeymoon kat Equtorial, masa tu dia ada apartment kat bawah... dpt free stay 4mlm coz l kerja Grand Millenium. Mmg lah cantik pemandangan di siang hari tapi bila dah ptg rasa seram satu mcm jer. Kami penat travel ke sana jadi mlm tu minumlah wine skt, terus tertidur..awal mcm pkl 8mlm.. tepat pkl 2am tu dgr bunyi ada benda naik tangga. Cuma kami aje kat block tu..block paling hujung. Gelap gelita kat luar tu. Bunyi tu makin dekat dgn kami, suami saya mmg dah tahu ada benda tak baik. Cuma saya tidur pandang arah balcony, sekali buka mata benda tu depan mata, makhuk tu gelap, tinggi, bermata merah, bulu lebat...besar. Saya dah tahu dia sebelah saya rasa lelaki kot.. yg perempuan tu kacau suami saya. Aduh... mlm tu mmg saya tutup badan bawah selimut tebal tu.. pagi tanya suami.. habis tu kami dah lupa dan focus dgn tour pagi tu... pkl 7mlm balik bilik mandi dan mkn... terus tidur kepenatan, sekali lagi pkl 2am tu... kali nie byk sgt karenah, tolak suami saya jatuh bawah dr katil, suami saya mula meracau...bebel tak betul. Saya mmg takut tapi tak de telephone nak call reception tu.. tak de guard yg lalu situ... terus l buka lampu dan jerit jerit kuat. Sekali suami saya kembali normal. Kami tak tidur sampai pagi. Terus pagi tu complaint kat reception tukar bilik tapi dia org ckp fully book, tak de pun. So kami terus check out dr hotel tu dan stay kat Country Lodge...

    ReplyDelete
  21. Hi salam semua, l baru balik dr CH hr nie, duduk Country Lodge Resort. I check in hari Sabtu biasalah bilik dah penuh tak takut. I dah 4 kali menginap disini dgn suami tapi so far rasa ok jer. Cuma first time tu honeymoon kat Equtorial, masa tu dia ada apartment kat bawah... dpt free stay 4mlm coz l kerja Grand Millenium. Mmg lah cantik pemandangan di siang hari tapi bila dah ptg rasa seram satu mcm jer. Kami penat travel ke sana jadi mlm tu minumlah wine skt, terus tertidur..awal mcm pkl 8mlm.. tepat pkl 2am tu dgr bunyi ada benda naik tangga. Cuma kami aje kat block tu..block paling hujung. Gelap gelita kat luar tu. Bunyi tu makin dekat dgn kami, suami saya mmg dah tahu ada benda tak baik. Cuma saya tidur pandang arah balcony, sekali buka mata benda tu depan mata, makhuk tu gelap, tinggi, bermata merah, bulu lebat...besar. Saya dah tahu dia sebelah saya rasa lelaki kot.. yg perempuan tu kacau suami saya. Aduh... mlm tu mmg saya tutup badan bawah selimut tebal tu.. pagi tanya suami.. habis tu kami dah lupa dan focus dgn tour pagi tu... pkl 7mlm balik bilik mandi dan mkn... terus tidur kepenatan, sekali lagi pkl 2am tu... kali nie byk sgt karenah, tolak suami saya jatuh bawah dr katil, suami saya mula meracau...bebel tak betul. Saya mmg takut tapi tak de telephone nak call reception tu.. tak de guard yg lalu situ... terus l buka lampu dan jerit jerit kuat. Sekali suami saya kembali normal. Kami tak tidur sampai pagi. Terus pagi tu complaint kat reception tukar bilik tapi dia org ckp fully book, tak de pun. So kami terus check out dr hotel tu dan stay kat Country Lodge...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg nama resort tu ialah natasha resort. sila jgn pergi sana. kalau nak kena rasuk sila kan.

      Delete
    2. kepada semua yg nak pergi ke Cameron Highlands, nie l selalu pergi sana, sebulan sekali. l dah stay semua hotel, resort famous kat sana yg budget pun dah. yg l kena ialah natasha resort, mmg mana mana org pun boleh kena sbb keras sgt. klu malam mampus aje lah. so bagi yg takut nie sila jgn pergi hotel natasha... bala chalet, country lodge, smoke hse, heritage. Klu nak yg paling selamat, sila stay kat Century Pines Resort, mmg mahal tapi mmg tak de apa apa. terkawal resort nie, 24jam ada reception dan guards. so bilik dia mmg cantik dan boleh tidur lena bantal yg empuk... highly recommend.

      Delete
  22. Cilake heritage tingkat 5
    Bunyik bising org ketuk2
    Kol reception kate xde ape pertukangan
    3jam lebih tanpa henti
    Bermcm2 bunyik disini
    Serikk tido hotel byar mahal
    800 2malam xberbaloi

    ReplyDelete
  23. Cilake heritage tingkat 5
    Bunyik bising org ketuk2
    Kol reception kate xde ape pertukangan
    3jam lebih tanpa henti
    Bermcm2 bunyik disini
    Serikk tido hotel byar mahal
    800 2malam xberbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg yeke?? baru balik dari sana semlm hahaha...adeh ngerinya

      Delete
  24. Perghh..seramnyee.. ni la yg mnyebabkn saye pegi cameron baru2 ni xmnginap d hotel... byk sgt cite soram.. walaupun aku xtajot hantu.. tp xhingin terjumpa hntu..huhu.. jd klu gi cameron aku akan pergi balik hari je...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cek in kat ros challet yg mmg khas tuk org islam shj..selesa tido tnpa gangguan makhluk halus..ank2 pun sedap nyenyak tido dri mlm ke pagi..

      Delete
  25. Perghh..seramnyee.. ni la yg mnyebabkn saye pegi cameron baru2 ni xmnginap d hotel... byk sgt cite soram.. walaupun aku xtajot hantu.. tp xhingin terjumpa hntu..huhu.. jd klu gi cameron aku akan pergi balik hari je...heee

    ReplyDelete
  26. Saya baru je balik hari ni..menginap di strawbery park resort ada dengar bunyi je sikit..tapi kejap je..yg penting dia x ganggu anak n family alhamdulillah

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Star regency sy pernah kena, bunyi org mundar-mandir, seret sofa/kerusi, flush toilet,start teruk pkol 1 sampai subuh. Kami 2 family xleh tido. Tobat nginap situ lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Star Regency mmg ade, sekali tu member all pergi 5 org, so dpt 3 bedroom apartment. reception jual 3 bedroom apartment dan buka 2 bilik je. bilik satu tu depa cakap jgn buka. tapi yg member ni semua tangan gatal, mlm tu salah seorng saja nak buka sbb bukan reception nak tahu pun kan. tak lock pun... tapi masuk je dia kena lock dlm... yg kat luar tak boleh buka... semua jerit, agak agak 7min tak dpt buka lock dari dlm dgr bunyi member nangis jerit mcm histeria. thn bilik tu buka seorg lagi masuk siap kena bantai... yg lain semua masuk tgk yg masuk awal tu dah pengsan. yg kedua masuk jerit suruh packing barang keluar hotel nie. dah semua minta panggil org reception clear brg dah check out. keras juga tempat nie.

      Delete
  29. Cuti deepavali baru ni stay di Heritage Hotel Cameron Highland. Biasalah last minit cari. Dapat apartment di block C tingkat bawah sekali. Owner rumah tu melayu. Memula masuk tu nice la, tapi abang tak puas hati sebab berhabuk dan agak kotor sikit dengan plug heater pon rosak. Tapi nak buat cemana, dah bayar so stay je la semalaman. Selalunya kalau masuk bilik aku akan check semua termasuk almari. Yang peliknya semua almari bahagian atas berkunci. Mungkin ada harta karun. Malam selepas dinner tu anak buah aku nampak 'benda' kat beranda. Aku tanya la kenapa. Muka anak buah aku pucat takmau bagitau. Malam masa aku nak tidur tu aku dengar bunyi orang ketuk pintu. Tapi yang peliknya bunyi tu berpunca dari dalam almari atas yang berkunci. Dah letih sangat aku buat tak peduli ja lena tak sedaq diri sampai subuh. Balik ke kedah abang aku bukak cerita, Tengah malam buta masa semua orang dok lena dah dia mengigau masuk bilik no2 dengan mata dok melilau tengok 'sesuatu'. Untuk pengetahuan semua, bilik no2 tu agak seram sikit sebab ada tingkap yang boleh tengok view hutan kat belakang. Sebab tu budak-budak takmau tidur bilik tu. Sebelum balik aku sempat la ambil gambar dalam apartment tu. Yang peliknya view ruang tamu dan dapur gelap gelita seperti terlindung oleh 'sesuatu'. Beware la yang mana nak stay kat Cameron Highland bila holiday nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole saya tahu ni apt mana ye? Sbb saya ada nak booking apt ground floor jugak. Nama owner azlia. Bole reply secepat mungkin x? pleaseeee 😁😁

      Delete
    2. Sebab takut jugak sekali apt y sama. Huhuhu kalau bole memang nak elak apt y scary2.

      Delete
    3. Heritage hotel tgkt 4 tu hati2..agak keras

      Delete
    4. Seramnyaaa sbbtu la klau kesana mmg sy akn set masa xkan berada di atas jalan time magrib atau senja,mmg plan awal2..
      Sy dari kota bharu akn lalu gua musang,lojing nak ke cameron
      Mmg sunyi jgk tmbah2 kat gmusang pun dah keras rmai yg kemalangan kat area bkit sejuk tu
      Sbbtu sy rela bertolak awal sbb xnak berada dikawasan tu time senja
      Dan jalan2 lojing nk ke cameron lg lah seram
      Tapi alhamdulillah stakat ni xda apa2 gangguan
      Nauzubillah

      Delete
  30. Sy baru balik dr CH. Stay di Star Regency. Sekitar 1-3 pg Mmg ade bunyi jalan2, ketuk pintu, bunyi mcm construction site, ketung ketang... bunyi mcm orang naik turun tanggan... pendek kata, waktu tu mcm rush hour, sibuk sgt2. Kita nk tido x senang. Mmg x syak ape2 yg pelik dan mmg malas nk layan sbb fikir nak rehat jer sbb esoknya ada program. Esoknya bila kumpul ramai2, kawan2 dr appt lain pun kena mcm tu jugak, Dah jenguk tp xde ape yg mencurigakan.dah sampai rumah ni berani la google psl kejadian aneh di star regency. Baru tahu rupa2nya dah byk kisah mcm tu. Apa2 pon, Alhamdulillah.. xder kes teruk.

    ReplyDelete
  31. kadang2 nasib2 juga. sya pengalaman kena di grand continental kuantan 2004. time ni peknan anak no 3. dan di trolak..

    ReplyDelete
  32. penah stay di casa de la rosa..bilik cantik dan besar.. msa tu stay dengan anak kecil usia 3 bulan. start magrib anak menangis x berhenti2 mcm di takutkan sesuatu. akhirnya km mnta tukar bilik, dan alhamdulillah anak berhenti menangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... Honeymoon di hotel yg sama... Tak jadi honeymoon bila anjing menyalak mula matahari terbenam sampai subuh pagi. Bersahut2 betul2 ditepi tingkap. X berani nak selak n jengah...

      Delete
    2. Baru balik dari sana. Alhamdulillah takde apa2 yg berlaku. Bilik di tingkat 2.

      Delete
  33. allahuakhbar, seram juga baca. sy dah 4x ke CH tapi alhamdulillah tak pnh kena ganggu dan berharap x nak di ganggu. noraini chalet di brinchang so far okey,

    ReplyDelete
  34. So far pg ch n check in de la fern hotel ok je x der apa2 gangguan. Nk check in hotel mana2 pun review dulu comment guest.

    ReplyDelete
  35. Hotel mna2 mesti ada bnda tu klu trasa meremang tu baca la surah yasin dlm hati..biasa la hotel bkn sllu ada org mginap time cuti je ramai..hri biasa x de..tmbh2 hotel cameron highlands di keliling hutan&bukit..lumrah la bnda tu ada..klu ada sape2 nk bcuti hotel cameron servey la dlu sblm bt tmphan..ape yg sy tahu hotel heritage tu agak keras jgk tgkt 4..kwn prnh kena situ..so hati2 la..jgn sskali celupar mulut &bcakp besar tmpt gitu..jgn tlalu happy&gelak ketawa kuat..ok tu dr sy..

    ReplyDelete
  36. Pernah alami masa check in dekat maghrib.. Bila bukak pintu bilik yg skali ngn bilik air rasa berat hati. Nk masuk.. First time Sanggup burn full payment.. Plus ad anak kecik.. & first time rasa feelling mcmtu..

    ReplyDelete
  37. Rose Apartment kat Kea Farm. 2 malam tak dapat tidur, baby saya dan dan baby adik saya saya meraung meracau2. Saya dan suami bertengkar teruk macam tak sedar diri.

    ReplyDelete
  38. Cameron Highlands mmg cantik tapi menakutkan lebih lebih lagi salah pilih hotel. Sila jgn pergi Country Lodge, Bala Chalet, Smoke hse, Natasha resort👿, Heritage, Star Regency, Copthotne....

    Highly recomend ialah Century Pines, ada masjid kat sana, keadaan terkawal, 24hrs reception and guarded. Very bright coridor. Selalu busy... harga mmg mahal sikit, tapi better dari bazir kat hotel berhantu.

    ReplyDelete
  39. Saya dah banyak kali juga ke Cameron,
    Kebanyakan tido di Tanah Rata. Semalam saya cuma ride dari kjg, bentong, raub, lipis dan Cameron.
    Lepas solat zohor asar di masjid Brinchang terus ke Tanah Rata beli sikit sayur dan buah..
    Begerak balik 5pm lalu kg raja utk ke simpang pulai. Dari kg raja nak ke simpang pulai.. Sampai satu area tue dlm pukul 7pm..saya terpandang dan tegur satu tempat tanah perkuburan tepi jalan tahun 1904. Saya ckp kubur siapa lah mati kat sini punyalah lama.. Sambil bawa moto terus tuju jln simpang pulai, sampai jln bawah lagi 15km ke simpang pulai.. Radio moto off, hp silent mode simpan dlm compartment moto.. Tapi telingga nie dengar india bercakap kat belakang moto...moto tgh jln speed dlm 70 80.. Saya tgk belakang, wife saya duk sandar jer.. Tapi suara india clear.. Tutup radio pun dgr india bercakap..org rumah pun dengar clear. *Siapa kat belakang, atas bawah kiri kanan moto yg bercakap?* Hari nie rasa nak demam..
    MORAL OF THE STORY,jgn keluar maghrib2 atau mlm area sana. Mulut jgn sibuk tegur sana sini..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Seramnyaaa sbbtu la klau kesana mmg sy akn set masa xkan berada di atas jalan time magrib atau senja,mmg plan awal2..
      Sy dari kota bharu akn lalu gua musang,lojing nak ke cameron
      Mmg sunyi jgk tmbah2 kat gmusang pun dah keras rmai yg kemalangan kat area bkit sejuk tu
      Sbbtu sy rela bertolak awal sbb xnak berada dikawasan tu time senja
      Dan jalan2 lojing nk ke cameron lg lah seram
      Tapi alhamdulillah stakat ni xda apa2 gangguan
      Nauzubillah

      Delete
  40. Sy plan nk p cameron dlm bilan 1 2020 next year..hotel country lodge ok x..bwk anak kecil 1thun lebih minta pandangan yg da pergi hotel tu or dgr cite2 seram..tq

    ReplyDelete
  41. Homestay pun sama,ade je.. sy ad ank kcik msa tu umur dia 4bulan,msuk je homestay ank sy dah strt menangis tnpa henti smbil mata pejam,nasib msa tu hasben sy ikut dia pndai bb² ni,dia kata ad mkhluk besar,hodoh kcau sakat ank kcik sy... Dicubit² nya ank sy.. tu dia mngis selak².. hasben suruh sy kluar pergi mana2 dlu,dia nk bersihkan rumah,so kmi kluar mkn apa suma dlu balik tu alhamdulillah blik homestay dia tk nagis dah,homestay area tanah rata.. tp hotel2 yg ok kt sna cool point,planters,century pines..

    ReplyDelete