Agak lewat untuk memasukkan posting baru pada tahun 2010. Maklumlah awal tahun adalah waktu paling sibuk dengan tugas hakiki aku sebagai surirumah dan pengasuh askar kecik aku nan 3 orang tu. Sibuk dengan pendaftaran sekolah anak-anak, nak cari guru mengajar Quran dan fardu ain. Guru tahun lepas sarat mengandung la pulak, dah tak larat ngajar, kenalah cari lain. Kat CH bukan macam kat bawah, ada sekolah agama waktu petang. Kat sini terpaksalah cari mana-mana kelas KAFA yang berdekatan.
Beberapa tempahan katering terpaksa ditolak kerana takut tak dapat beri komitmen sepenuhnya. Hanya pada 16hb Januari baru bersedia menerima tempahan dari Puan Emelia untuk acara beliau. Pada mulanya agak keberatan juga sebab beliau menempah kek dan cupcakes. Awal tahun dengan kesibukan pula, agak susah menerima tempahan kek kerana CH tidak seperti KL. Disini tiada kedai yang menjual bahan membuat kek dan biasanya kami turun ke KL untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.
Tapi siapalah kami untuk menghampakan harapan beliau maka kami sediakan juga kek dan cupcakes beliau seadanya. Kami berbesarhati kerana beliau bersedia menerima kek dan cupcakes kami yang "biasa-biasa" kerana tak kesempatan untuk turun KL lagi tahun nie untuk mencari bekalan bahan mentah. Selain dari itu terima kasih juga kerana menempah menu lain iaitu nasi ayam untuk makan malam dan nasi lemak untuk sarapan esoknya.
Kek 1/2 kilo seadanya.
Antara cupcakes tempahan beliau.
No comments:
Post a Comment