Thursday, October 29, 2009

PAKEJ PELANCONGAN ORANG ASLI



-copy & paste from Harian Metro-

PERNAHKAH anda mencuba ikan bersama nasi yang dimasak dalam buluh? Tanpa perisa tambahan dan perahan rempah ratus, aroma ikan sungai segar seperti Kelah yang dibalut pokok hutan, Renting ini, mampu membangkitkan selera.

Beras pula dimasak dalam bungkusan kecil menggunakan daun Ler yang lebih panjang memudahkan pembahagian nasi kepada ahli keluarga dan jiran. Siap dimasak, hidangan ini kelihatan seperti nasi himpit, cuma dalam bungkusan lebih besar.

Cara hidup tradisional tanpa kebergantungan peralatan moden dalam menjalankan kehidupan seharian ini menjadi tarikan pelancong yang menyertai pakej pelancongan Orang Asli di Cameron Highlands, baru-baru ini.

Namun, konsep pelancongan ini tidak memerlukan anda bermalam bersama penduduk, sebaliknya lebih menjurus kepada lawatan ke perkampungan Orang Asli sambil menyelami cara hidup dan budaya diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Peserta akan dibawa mengunjungi dusun buah-buahan, belajar menangkap ikan dan menggunakan sumpit. Mereka berpeluang merentas denai hutan untuk melawat air terjun sambil mengenal tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan bunga terbesar dunia, Rafflesia.

Seakan tidak lengkap pakej ini tanpa menyaksikan persembahan sewang sambil diiringi alunan muzik tradisional menggunakan buluh. Sama ada dalam rumah atau ruangan terbuka, persembahan ini lazimnya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam.

Pakej ini yang hampir sama dengan konsep homestay akan meliputi 16 pakej menarik termasuk perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands, Taman Negara, Kuala Tahan, Tasik Chini, di Pahang selain Hutan Belum, Perak dan Sungai Nenggiri di Kelantan.

Lokasi itu dipilih berdasarkan kemudahan laluan ke perkampungan masyarakat itu serta keterbukaan mereka menerima masyarakat luar serta wujudnya pelbagai tarikan dan aktiviti untuk pengunjung.

Cameron Highlands terkenal dengan cuaca sejuk pergunungan, pemandangan indah ladang teh, kebun sayuran dan buah-buahan, manakala Taman Negara dengan laluan titi gantung di tengah kehijauan hutan hujan tertua di dunia.

Sungai Nenggiri di pedalaman Kelantan menjadi lokasi terbaik untuk aktiviti lasak seperti berakit arus deras atau white water rafting, memancing, penerokaan tapak arkeologi, dan terbaru merentas denai untuk melihat lokasi suci gajah mati.

Lokasi lain seperti Tasik Chini dan Taman Negara Endau Rompin di Pahang atau Hutan Belum di Perak pula menawarkan tarikan pengalaman berkayak di tasik air tawar dan kembara pacuan empat roda denai untuk menyaksikan aktiviti hidupan liar dalam habitat semula jadinya.

Sekurang-kurangnya, kebanjiran pelancong terutama warga asing ke destinasi pelancongan ini turut membuka peluang penyertaan Orang Asli dalam sektor pelancongan, sekali gus menyumbang peningkatan taraf hidup masyarakat itu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata pelancong dari Jepun, Korea, Singapura, Hong Kong, Jerman dan United Kingdom lebih tertarik dan menghargai gaya hidup dan warisan masyarakat Orang Asli seluruh dunia termasuk Malaysia.

"Ini kerana negara maju menganggap masyarakat Orang Asli serta kehidupan tradisional mereka sangat eksotik dan menarik untuk dilawati," katanya selepas pelancaran Pakej Pelancongan Orang Asli Malaysia di Kampung Sg Ruil, Cameron Highlands, baru-baru ini.

Majlis pelancaran program anjuran Tourism Malaysia ini disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Program itu turut menampilkan kehalusan topeng masyarakat Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor yang diiktiraf sebagai antara warisan kraftangan dunia oleh Unesco, penghasilan beliung oleh kaum Semai dan demonstrasi pembuatan kraftangan daripada hasil rimba.

INFO

>Pakej pelancongan Orang Asli meliputi tarikan ekopelancongan utama negara. Di Pahang, ini meliputi Taman Negara Kuala Tahan dan Pusat Konservasi Seladang di Kuala Krau, Cameron Highlands, Tasik Chini dan Taman Negara Endau Rompin. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan Orang Asli di seluruh Malaysia, layari www.tourism.gov.my.

>Mengikut perangkaan terkini, ada 140,000 Orang Asli di seluruh negara. Jika masih kabur dengan cara hidup masyarakat yang terbahagi kepada kaum Senoi, Negrito dan Proto-Melayu ini, kunjungi Muzium Orang Asli (03-61892122) di Gombak, Selangor.

Muzium dikendalikan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ini mempamerkan koleksi peralatan pemburuan dan pertanian, pakaian, perhiasan dan cenderamata komuniti. Masuk adalah percuma.

RUJUKAN PERCUTIAN

Tourism Malaysia

Tel: 03-2615 8188 /

Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207

Talian Pelancongan: 1-300-88-5050

SEJUKNYA MALAM TADI!

Cameron Highlands mengalami hujan tanpa henti sejak petang semalam, menjadikan malam tadi cukup sejuk. Suhu yang dicatatkan ialah 14 darjah celcius. Pagi nie dah berhenti tapi muka matahari dah 3 hari tak kelihatan. Semoga hari nie mentari akan bersinar kembali, walaupun sedikit pun cukuplah. Dah naik kembung perut aku sebab masuk angin kerana kesejukan.



-gambar bukan diambil pada hari semalam sebab semalam takde kabus pun, tapi kalau berkabus di sini taklah sejuk sangat-

Tuesday, October 27, 2009

ISU HARGA KOBIS SELESAI

CAMERON HIGHLANDS 25 Okt. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersetuju menaikkan harga tawaran belian kobis daripada 60 sen kepada 75 sen sekilogram sekali gus melegakan lebih 300 pekebun sayuran tersebut.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata, tawaran harga itu berkuatkuasa serta-merta dan pihaknya juga akan mengambil beberapa langkah segera bagi mengawal harga sayur kobis daripada terus menjunam.

''Kita telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan FAMA, wakil pertubuhan serta pekebun sayur ini untuk berbincang dan mengumpulkan data mengenai jumlah pengeluaran bagi satu-satu masa.

''Selain itu, FAMA akan menggiatkan usaha membendung kemasukan kobis bulat dari negara luar yang melebihi jumlah import yang dibenarkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis dialog antara FAMA dengan Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands di Brinchang di sini hari ini.

Hadir sama pada sesi dialog itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Setiausaha Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands, Chay Ee Mong.

Mohamed Shariff berkata, FAMA bersedia membantu pekebun-pekebun sayur kobis terbabit memasarkan terus sayuran mereka di pasar-pasar tani di seluruh negara selain menyediakan lot jualan khas untuk pertubuhan itu di Kompleks Terminal Makanan Negara (Teman) di Simpang Pulai kira-kira 80 kilometer dari sini.

''Saya yakin jika pekebun di sini mampu memasarkan sendiri melalui pasar tani, orang ramai berpeluang mendapat sayuran segar dengan harga yang lebih murah.

''FAMA juga akan membuat kajian menyeluruh mengenai jumlah AP kobis ketika ini dan jika bekalan yang diterima daripada Cameron Highlands melebihi dari biasa, jumlah yang dibenarkan diimport seharusnya dikurangkan,'' katanya.

Sementara itu, Ee Mong berkata, tawaran baru FAMA itu dapat membantu masalah kejatuhan harga kobis yang dialami para pekebun.

''Khamis lalu, FAMA hanya sanggup membeli kobis pada harga 60 sen sekilogram. Tawaran harga baru ini memang berita yang kita nanti-nantikan," katanya.

REZEKI DISEBALIK DURI KAKTUS

CAMERON Highlands 25 Okt. – Perusahaan tanaman kaktus mempunyai masa depan yang cerah di negara ini. Disebabkan itulah maka sudah ada petani yang menjadikan tanaman kaktus sebagai sumber pendapatan kepada keluarga.

Bagi Mohd. Hendry Hasiman, 42, dia berminat dengan penanaman kaktus kerana ia mudah dijaga.

Pengusaha tanaman itu mempunyai lebih 200 jenis pokok kaktus yang ditanam di sini sejak menceburi bidang itu 10 tahun lalu.

“Saya dan isteri, Shima Arman, 44, minat dengan tanaman kaktus kerana ia mudah membiak dan tahan panas cahaya matahari.

“Pokok kaktus jenis King Kaktus mudah tumbuh dan boleh dipasarkan dalam tempoh setahun selepas ia ditanam,” katanya ketika ditemui di Brinchang di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Hendry, benih pokok kaktus yang ditanamnya diperoleh dari Thailand.

Jelasnya, pokok kaktus tidak memerlukan bekalan air yang banyak kerana ia hanya perlu disiram sekali seminggu.

Dia bersyukur kerana dapat menjual kaktus yang diusahakan itu di pasar tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada setiap hari Ahad.

“Sambutan di kalangan peminat kaktus begitu membanggakan terutama pada musim cuti sekolah,” katanya.

Jelas Mohd. Hendry, setiap anak kaktus dijual dengan harga RM1 hingga RM1.50.

“Kalau peminat beli secara pakej yang mengandungi tujuh pokok kaktus, ia dijual dengan harga RM10,” katanya.

Bagi kaktus yang bersaiz besar, ia dijual dengan harga RM10 bagi tiga pokok.

Sementara itu, seorang peminat kaktus dari Melaka, Warith Mohammad, 27, berkata, dia gemar menanam kaktus kerana ia merupakan hiasan yang menarik.

“Saya tertarik apabila melihat pokok kaktus yang terdapat di sini,” katanya.

Jelasnya, bunga kaktus dalam pelbagai warna menarik dijadikan hiasan di halaman rumah.

Menurut Warith, selain menarik harga pokok kaktus juga murah dan mudah diperoleh.

Seorang lagi peminat kaktus, Azizah Othman, 35, berkata, dia berminat dengan tanaman kaktus kerana bunganya yang menarik.

Wanita itu yang menanam pelbagai jenis kaktus di rumah, membeli tanaman itu setiap kali mengunjungi kawasan ini.

“Saya tertarik dengan kaktus kerana ia begitu unik dan senang dijaga berbanding dengan pokok bunga yang lain,” katanya.

Wednesday, October 21, 2009

HARGA KUBIS TERLALU RENDAH


IPOH - Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands mengancam akan melonggokkan ribuan kubis bulat di depan pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) jika harga sayur itu masih kekal 30 sen hingga 40 sen sekilogram sehingga hujung minggu ini.

Ia dianggap langkah terakhir kira-kira 300 penanam sayur itu sebagai tanda protes mereka terhadap dakwaan FAMA gagal membantu para pekebun yang semakin terdesak menanggung kos pengurusan ladang yang tinggi.

Setiausaha pertubuhan itu, Chay Ee Mong berkata, tindakan kerajaan mengimport kubis murah telah menjejaskan periuk nasi mereka.

"Kami sudah tiada pilihan, daripada biar kubis busuk di ladang lebih baik kami campak ke pejabat FAMA,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Harga borong sebiji kubis di ladang sekarang hanya 30 sen hingga 40 sen berbanding dulu sampai 80 sen.

"Macam mana kami nak untung kalau kos pengeluaran sebiji kubis pun sudah 80 sen,'' katanya.

Pertubuhan itu menyalahkan FAMA kerana tindakan agensi itu mengimport lebih 4,000 metrik tan kubis murah dari Indonesia dan China telah menyebabkan harganya merudum di pasaran.

p/s: kat bawah aku tengok harga kubis okey jer....RM1.50 hingga RM2.50

TJ nur TRAVEL & TOUR SDN BHD

Satu lagi agensi pelancongan yang boleh memberikan perkhidmatan pandu pelancong ialah TJ nur Travel & Tour Sdn Bhd. Beroperasi di Persiaran Camellia 3, bersebelahan Cameron Optical dan amat mudah untuk ditemui. Kalau tak silap saya pemiliknya adalah orang melayu.

TJ menyediakan banyak pakej pelancongan yang boleh anda ambil jika malas nak jalan sesorang kat Cameron nie. Antara pakej tersebut ialah D'Highlander Explorer (RM118.00/adult), Gurung Brinchang Adventure (RM50.00/adult), Sight Seeing Tout (RM25/adult).

TJ juga menyediakan perkhidmatan sewa apartment, tempahan hotel dan sewa motosikal pada harga berpatutan. Sesiapa berminat untuk menggunakan perkhidmatan agensi tersebut bolehlah berhubung di alamat

TJ nur TRAVEL & TOUR SDN BHD
No. 68A, Persiaran Camellia 3,
Bandar Baru Juta Villa,
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands.






Monday, October 19, 2009

EQ STRAWBERRY FARM

Nama tempat: EQ Strawberry Farm. EQ tu maksudnya Hotel Equatorial.
Lokasi: Bersebelahan dengan Hotel Equatorial.
Tiket: Percuma
Apa yang menarik: Self plucking (strawberry petik sendiri), kalau setakat nak makan strawberry tokeh petik, beli jer kat Kea Farm (5 minit jalan kaki dari sini).

Pintu masuk Hotel EQ



Papan tanda masuk ke EQ Strawberry Farm.



Pick your own strawberry....tapi kena bayar la....harga? Lebih mahal dari yang jual dah siap petik tu!



Jualan produk Cameron.



Produk nie kat bawah pun berlambak kan? Harga sini lebih mahal ler......







Bag cendawan lingzi.

,

Friday, October 16, 2009

INFO MENARIK MENGENAI CAMERON HIGHLANDS



Sedikit info mengenai Cameron Highlands.


CAMERON Highlands cukup terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi di Malaysia. Terletak di barat daya Pahang, pusat peranginan ini kaya dengan khazanah semula jadi serta keunikan flora dan fauna. Keindahan Cameron Highlands tidak pernah pudar malah terus memukau siapa saja.

Cameron Highlands mendapat nama selepas seorang pegawai Inggeris, William Cameron menemui tanah tinggi itu ketika sedang melakukan tinjauan pemetaan pada 1885.

INFO:
  • Cameron Highlands berkeluasan 71,218 hektar dengan populasi penduduk melebihi 32,000 orang.
  • Mencapai ketinggian 1,230 meter dari aras laut dengan suhu purata 19.8 darjah selsius.
  • Puncak tertinggi terletak di Gunung Brincang dengan ketinggian 2,000 meter dari aras laut.
  • Bandar utama Tanah Rata (pusat pentadbiran), Brincang dan Kea Farm (kawasan tumpuan pelancong), Ringlet, Tringkap, Kuala Terla serta Kampung Raja (kawasan ladang).
  • Penempatan kaum Melayu pertama, Kampung Taman Sedia di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan homestay.
Tarikan:
  • Taman Agro Teknologi Mardi (TATM).
  • Gunung Lumut, Taman Flora, Hutan Lipur Parit Fall.
  • Ladang teh: Brincang dan Sungai Palas.
  • Taman bunga Cactus Point iaitu 500 meter dari Kea Farm, Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun buah strawberi dan taman rama-rama.
  • Aktiviti redah hutan.
  • The Smoke House, The Lake House dan Strawberry Park.
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

Thursday, October 15, 2009

ROSE VALLEY



Nama tempat: Rose Valley
Lokasi: Di Tringkap (14 km dari Tanah Rata menghala Kg Raja atau 8 km dari Brinchang)
Tiket: RM4.00 dewasa dan RM2.00 kanak-kanak
Apa menariknya: Aku pun tak pernah masuk! Pasal kalau kena tiket aku takkan masuk, tak berapa minat....kalau korang cubalah masuk...tengok-tengok bunga ros.

Pintu masuk merangkap tempat beli tiket.



Madu dijual kat depan pintu masuk.



Bunga rose.....



Produk dari Cameron Highlands.



Sepanjang pekan Tringkap, banyak gerai menjual produk Cameron Highlands. Pilih sahaja mana satu.







MUZIUM LEBAH (BEE MUSEUM)



Nama Tempat: Muzium Lebah (Bee Museum)
Lokasi: Pekan Tringkap (bersebelahan Rose Valley) - tepi jalan besar, lebih kurang 8 km dari Brinchang menghala Kg Raja.
Tiket: Masuk Percuma
Apa yang menarik: Jualan cenderamata, produk hasilan lebah, panduan mengenai penternakan lebah.

Produk dari lebah untuk jualan





Pintu masuk ke Muzium Lebah, masuk percuma jer....



Antara spesis lebah yang dipamerkan. Tapi dah mati kat dalam kaca tu.



Kumbang kepala kuning



Kumbang tukang hijau.



Tebuan Tanah.



Tebuan Gergasi Hitam



Tebuan biasa.



Lebah hutan.



Lilin lebah.



Panduan menternak lebah. Mungkin cara susunan sarang dalam kotak lebah.







Lebah Itali





Lebah Brazil









Kotak lebah di luar muzium.



Gerai jualan cenderamata.

Wednesday, October 14, 2009



CAMERON HIGHLANDS: Sekumpulan pekerja Indonesia mengadakan perhimpunan aman di hadapan Masjid Kayangan Brinchang, di sini, semalam, bagi mengutuk tindakan rakyat negara mereka melakukan provokasi yang boleh menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia.

Kumpulan berkenaan yang mewakili lebih 1,000 warga Indonesia yang bekerja di sektor pertanian, pembinaan dan pembantu rumah sekitar Cameron Highlands mengadakan perhimpunan itu kerana tidak berpuas hati dengan keenganan sebahagian rakyat Indonesia menerima penjelasan isu tarian Pendet hingga mencetuskan sentimen anti-Malaysia.

Wakil kumpulan itu, Ahmad Thoyib Mat Sum, 50, berkata perhimpunan itu diadakan bagi menggambarkan warga Indonesia di Cameron Highlands tidak menyokong kekecohan dan keganasan seperti dilakukan sebahagian rakyat di negara mereka.

"Bantahan aman ini diadakan bagi membuktikan rakyat Indonesia di sini tidak terpengaruh dengan provokasi 'Sapu Malaysia' dan 'Ganyang Malaysia' atau terikut-ikut dengan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia yang dilaporkan ingin melancarkan peperangan terhadap Malaysia.

"Kami mahukan ketenangan dan keselesaan bekerja di negara ini. Kita Indonesia-Malaysia adalah bangsa serumpun dan sewajarnya perlu hidup lebih aman," katanya di sini, semalam.

Ahmad Thoyib yang sudah 20 tahun bekerja di sektor pembinaan di Cameron Highlands sudah menerima status penduduk tetap.

Pada perhimpunan itu, lebih 10 pekerja Indonesia membawa sepanduk antaranya berbunyi 'Kami Aman Di Malaysia', 'SBY (Presiden Susilo Bambang Yudhoyono)/ NTR (Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pemimpin terbaik). Bagaimanapun, kumpulan itu bersurai kira-kira 15 minit kemudian selepas dinasihatkan polis.

Ahmad Thoyib berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera dan seca-ra musyawarah bagi mengelak sebarang kejadian yang boleh memburukkan hubungan Indonesia-Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata perhimpunan itu dilakukan dalam keadaan aman sebagai luahan perasaan pekerja Indonesia itu.

"Perhimpunan dilakukan secara spontan dan mereka mematuhi arahan polis sebaik diarahkan bersurai," katanya.

Tuesday, October 6, 2009

BUNGA KEKWA MALAYSIA LEBIH BERKUALITI



-untuk maklumat bagi sesiapa berminat dengan industri bunga di Cameron Highlands-

Pertubuhan Pengusaha Bunga-Bungaan Cameron Highlands
No. 31, MDCH, Tingkat 2
Bandar Baru Brinchang
391000 Brinchang
Cameron Highlands
Pahang
Tel: 05 4956276
Fax: 05 4956288

Kingdom: Plantae
Division: Magnoliophyta
Class: Magnoliopsida
Order: Asterales
Family: Asteraceae
Genus: chrysanthemum
Species: morifolii
Setangkai bunga kekwa di Malaysia mungkin hanya berharga 30 sen, tetapi di Jepun ia mencecah antara RM5 hingga RM6 kerana keperluan bunga di negara itu begitu tinggi iaitu membabitkan kira-kira tiga bilion tangkai setahun.

Permintaan yang tinggi itu menunjukkan pasaran bunga di negara itu terlalu luas dan boleh diterokai pekebun Malaysia.

Malaysia kini hanya menguasai 30 peratus pasaran bunga Jepun, selebihnya Korea Selatan, sebagai pengeksport utama selain Vietnam yang mula memasuki pasaran negara itu. Pengarah Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Latifah Mohd Noor, berkata industri bunga di negara ini bermula sejak 1985 dan aktif pada 1990 apabila Malaysia mula mengeksport bunga ke pasaran luar terutama Jepun.

Dianggarkan pada 1985, nilai import bunga Jepun mencecah RM64 juta, bertambah kepada RM652 juta pada 1997 dan RM686 juta pada 2001. Industri bunga dunia pada 2001 pula dianggarkan melebihi RM28.8 bilion.

Jumlah eksport bunga Malaysia ke luar negara pula mencecah RM18 juta pada 1990, RM75 juta pada 2000 dan RM104 juta pada 2007. Latifah berkata, walaupun Malaysia mengeksport pelbagai jenis bunga seperti kekwa, orkid, mawar dan bunga carnation, namun kekwa adalah bunga yang paling tinggi pulangannya untuk pasaran luar.

Bunga ros katanya lebih sinonim dengan India manakala Belanda popular dengan tulip, bumi Malaysia pula boleh berbangga dengan kekwa kerana ia memberi pulangan tinggi di pasaran luar.

Terdapat lebih 20 jenis bunga kekwa ditanam di Malaysia dengan lokasi utamanya di Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang di Sabah. Semua kebun bunga ini milik persendirian dengan 10 pekebun bunga berskala besar terdapat di Cameron Highlands.

Latifah berkata, sehingga kini sebanyak 789 hektar digunakan untuk penanaman kekwa dan semuanya untuk pasaran eksport dengan purata antara 30,000 hingga 40,000 dozen bunga dipetik setiap hari dengan 70 peratus dieksport ke luar negara manakala bakinya untuk pasaran tempatan. Selain Jepun, Malaysia juga mengeksport bunga untuk pasaran Hong Kong, Taiwan, Australia selain pasaran di Timur Tengah.

Latifah berkata, setiap pasaran mempunyai kelebihan masing-masing. Misalnya Jepun, kekwa kuning atau putih lebih mendapat tempat terutama untuk perayaan hari Natal manakala untuk tahun baru, warga Jepun lebih menggemari bunga kekwa berwarna merah jambu, merah, kuning dan putih.

Selain warna dan jenis, Jepun juga sukakan bunga yang mekar di dalam jambangan. Justeru, bunga yang dieksport selalunya mekar antara 10 hingga 15 peratus. Untuk pasaran Hong Kong biasanya mekar antara 50 hingga 60 peratus manakala Taiwan, kadar mekarnya antara 30 hingga 40 peratus.

Bagi pekebun bunga, Lee Mun Keat, 30, Jepun sudah menjadi satu daripada pasaran utama bunga kekwa yang ditanam di kebunnya.

Kebun Bunga Lee seluas lapan hektar yang terletak di Kuala Terla, Cameron Highlands sudah diusahakan sejak 30 tahun lalu. Sebelum ini kebun itu diusahakan oleh bapanya dan diambil alih Lee sejak enam tahun lalu.

Lee bukan seorang saja mengusahakan kebun kekwa sebaliknya hampir semua kebun bunga berskala besar di Cameron Highlands menanam kekwa untuk pasaran luar terutama Jepun dan diikuti Taiwan, Singapura, Thailand selain pasaran tempatan.

Kebun Lee yang terletak di atas bukit sentiasa harum dengan 20 jenis kekwa pelbagai warna. Antaranya Region White, Region Yellow dan Region Sunny yang cukup popular di Jepun.

Lee berkata, penanaman bunga kekwa dilakukan sepanjang tahun dan secara berperingkat, bagi memastikan permintaan pasaran dapat dipenuhi.

Malah, ada masanya, permintaan bunga kekwa di pasaran Jepun meningkat mendadak terutama dengan kedatangan Tahun Baru, Hari Natal dan perayaan agama Shinto sekitar bulan Mac.

Secara puratanya, Lee mengeksport 25,000 tangkai bunga kekwa untuk sekali penghantaran. Ada kalanya apabila permintaan meningkat, bunga kekwa akan dieksport menggunakan kapal laut. Untuk penghantaran antara 25,000 hingga 30,000 tangkai, ia akan dihantar menggunakan kapal terbang.

Tidak dinafikan, kos menggunakan kapal terbang lebih mahal, iaitu dua kali ganda kos menggunakan kapal laut. Namun, ada ketikanya ia terpaksa dilakukan kerana jumlah bunga yang dihantar kecil, sebaliknya, jika jumlah eksport besar, ia akan dilakukan dengan kapal laut.

Sebelum ini, Lee pernah menghantar bunga ke Jepun dalam jumlah yang besar dengan kapal laut menggunakan teknologi Mardi. Ketika itu penghantaran dibuat ke Osaka pada 2005 dan pada musim panas 2003.

Penghantaran melalui kapal laut ke Tokyo mengambil masa selama 12 hari pelayaran manakala penghantaran melalui kapal terbang mengambil masa hanya enam jam. Justeru, jika permintaan untuk import kecil, Lee tiada pilihan selain menggunakan kapal terbang.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman Mardi dan Lee, penghantaran bunga melalui kapal laut mendapat maklum balas yang baik daripada pengimport di Jepun. Ini kerana walaupun tempoh pelayaran panjang, kualiti dan kesegaran bunga masih pada tahap yang sama.

Lee berkata, dalam sebulan dia melakukan lapan kali penghantaran untuk pasaran Jepun.

“Walaupun kebanyakan bunga yang dieksport adalah kekwa, tetapi saya juga mengeksport bunga mawar dalam skala yang kecil.

“Dari segi komersial, bunga mawar adalah bunga paling popular. Namun, kekwa membawa lebih keuntungan kerana kegunaannya untuk upacara sembahyang di Jepun. Selain itu, kekwa Malaysia memiliki struktur tangkai bunga yang lebih cantik dan menarik berbanding pesaing terdekat, Korea Selatan dan Vietnam,” katanya.

Secara umum walaupun Malaysia ketika ini hanya mendominasi 30 peratus pasaran kekwa di Jepun, iaitu di tangga kedua selepas Korea Selatan, namun kerana struktur binaan bunga yang cantik dan kualitinya menyebabkan kekwa Malaysia lebih diminati.

Bunga kekwa memerlukan masa 100 hari daripada hari ditanam sebelum dipetik. Atas keperluan eksport, bunga kekwa ditanam secara berperingkat. Justeru, kebun Lee sentiasa berseri dengan bunga kekwa pelbagai warna.

Proses memetik bunga dilakukan seawal pagi. Selepas diasingkan, 12 tangkai bunga dari jenis yang sama diikat kemas sebelum dibalut menggunakan kertas atau plastik. Ia direndam dalam baldi berisi air sementara menanti dibungkus dalam kotak.

Semua proses daripada pengasingan, pembungkusan dan memuatkan dalam lori perlu dihabiskan tepat jam 10 pagi. Ia kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lima jam sebelum masa berlepas.

Sebuah lori katanya boleh memuatkan 400 kotak, satu kotak boleh memuatkan 100 tangkai bunga.

Lee berkata, menanam bunga memerlukan ketelitian. Setiap pekebun juga memiliki rahsia tersendiri berkaitan teknik penanaman. Semua itu sangat penting kerana untuk menembusi pasaran Jepun sangat rumit. Kualiti setiap helai daun dan kelopak bunga perlu dipantau. Satu titik kecil putih pada daun pun sudah mencacatkan kualiti bunga.

Bunga yang dibawa masuk ke Jepun juga berhadapan dengan kuarantin eksport. Perubahan kualiti bunga akan menjejaskan harga.

Justeru katanya, keupayaan memasuki pasaran Jepun menyebabkan kualiti bunga perlu dijaga.

Monday, October 5, 2009

TOMATO CAMERON HIGHLANDS MENJADI PILIHAN



-untuk maklumat sesiapa berminat dengan industri sayur-sayuran di Cameron Highlands-

PERTUBUHAN PEKEBUN SAYUR-SAYURAN CAMERON HIGHLANDS

No. 31, Bandar Baru Brinchang
391000 Brinchang
Cameron Highlands
Pahang
Tel: 05 4912395
Fax: 05 4911104


TOMATO dan bunga kekwa Cameron Highlands diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi, pembekal dan pengeluar dari tanah tinggi mensyaratkan supaya pesanan dua produk pertanian itu dibuat setahun lebih awal daripada tarikh penghantaran.

Difahamkan, benih tomato Momotaro berasal dari Jepun mendapat permintaan tinggi di pasaran negara matahari terbit itu sendiri selepas Hong Kong, Thailand dan Singapura.

Pengurus Ladang Grace Cup, Bruce Chai Eng Hoi, berkata penanaman tomato paling mudah, malah permintaan daripada pasaran luar negara juga tinggi terutama untuk spesies Momotaro dan tomato ceri.

Katanya, petani di Jepun tidak menanam tomato daripada spesis Momotaro kerana hasilnya tidak setanding Momotaro Cameron Highlands yang ditanam menggunakan tanah kompos bercampur hampas sawit.

“Walaupun benih Momotaro dijual agak mahal iaitu RM1 sebiji tetapi hasil jualannya memang lumayan kerana harga pasaran luar negara untuk spesies itu saja boleh mencecah RM10 sekilogram berbanding tomato biasa sekitar RM2.40 sekilogram,” katanya. Bagi penggemar tomato, anda pasti tertanya-tanya bagaimana rasanya tomato Momotaro? Saiznya yang sederhana besar berwarna merah sungguh enak. Rasanya yang lemak manis lebih menyamai rasa buah menyebabkan ia lebih sesuai dimakan mentah atau dijadikan salad.

Tomato spesies Belanda pula mendapat permintaan tinggi daripada pasaran tempatan kerana rasanya yang masam dan sesuai untuk masakan.

Chai berkata, walaupun ladangnya mengeluarkan berpuluh jenis sayuran seperti sawi, labu, kailan, lobak, daun bawang dan pelbagai jenis sayuran lain, tetapi pengeluaran tomato paling tinggi iaitu sekitar 60 tan sebulan.

Di dalam siri lawatan Turun Padang bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Sahbani Saimin bersama pegawai Fama dari tiga negeri, Kelantan, Pahang dan Perak ke Cameron Highlands baru-baru ini, penulis turut berkesempatan melawat pusat pembungkusan sayuran milik Cameron Y.L Chai yang dipasarkan dengan nama Grace Cup. Selain membekalkan sayuran untuk pasar raya gergasi tempatan seperti Jusco, Giant, Cold Storage dan Isetan, Grace Cup juga turut dihantar untuk pasaran luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan Thailand.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cameron, berkata ladangnya sudah mula membekalkan pelbagai jenis sayuran tanah tinggi untuk pasaran Hong Kong sejak 12 tahun lalu.

“Sayuran tanah tinggi mendapat sambutan baik di pasaran Hong Kong, malah harganya juga berkali ganda lebih mahal berbanding sayuran kualiti sama.

“Disebabkan kualiti sayuran yang baik terutama tomato, ada pengedar di Hong Kong menggelarkan tomato Momotaro sebagai tomato Cameron,” katanya.

Di Hong Kong, sawi keluaran Grace Cup dijual pada harga RM60 sekilogram manakala ubi kentang RM40 sekilogram.

Jangan pula anda terkejut di Cameron Highlands ada ladang kekwa yang diuruskan oleh warga Jepun. Uniknya, syarikat Classic Jepun yang bertempat di Ringlet itu hanya menerima tempahan kekwa untuk pasaran Jepun saja.

Pengurusnya, F Nishimori berkata, walaupun kilangnya memproses kira-kira 300 tangkai kekwa pelbagai spesis sehari, namun ia masih tidak mampu menampung permintaan pasaran yang kadangkala sepuluh kali ganda banyak berbanding pengeluaran.

“Di Jepun, permintaan paling tinggi diterima pada Mac, Ogos, September dan Disember terutama untuk spesies Crysanthemum. Sama seperti masyarakat Cina, orang Jepun menggunakan kekwa untuk pelbagai upacara keagamaan dan juga ketika kematian,” katanya.

Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, Nishimaro berkata, bunga kekwa untuk eksport ke Jepun perlu dipesan lebih awal sekurang-kurangnya setahun sebelum penghantaran kerana kaedah penanaman kekwa berkualiti eksport memerlukan tempoh penanaman yang panjang.

Malah, bagi menghasilkan kekwa bercabang sempurna, Classic Jepun menggunakan kaedah pancaran cahaya lampu selama 30 hingga 40 hari dan secara keseluruhannya, proses penanaman bunga kekwa yang benar-benar sesuai untuk dieksport selama tiga bulan setengah.

Untuk penghantaran, Classic Jepun memilih kaedah penghantaran menggunakan kapal laut kerana kosnya yang jauh lebih murah iaitu RM15,000 untuk 400 kotak, manakala penghantaran melalui kapal terbang ialah RM60,000 bagi jumlah sama.

Friday, October 2, 2009

PENGGUNAAN SEARCH BUTTON PADA BLOG

Sejak mula bersiaran pada April 2009, pihak kami telah memasukkan banyak posting berkaitan Cameron Highlands. Ini termasuklan panduan hotel dan tempat-tempat menarik di CH. Adalah diharapkan selagi kami mampu, setiap maklumat tersebut akan kami tambah dan kemaskini.

Sejak dari itu juga, email kami sering menerima pertanyaan mengenai banyak perkara berkaitan CH dan alhamdulilah, setiap pertanyaan akan kami jawap sebaik mungkin. Ada juga pertanyaan berkaitan perkara yang telah saya bincangkan dalam beberapa posting yang lepas.

Sehubungan dengan peningkatan jumlah posting di blog kami, satu "search button" telah disediakan disebelah kiri laman blog ini. Pengunjung bolehkan menggunakan search button tersebut untuk mencari posting berkaitan. Misalnya jika pengunjung ingin maklumat mengenai hotel, masukan "hotel" dan search sahaja. Pengunjung yang berminat untuk mencari maklumat berkaitan Rumah Peranginan Persekutuan juga digalakan mengunakan search button tersebut kerana banyak posting berkaitan dengannya.

Selain search button, pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat melalui senarai "label".

Semoga segala maklumat yang kami masukkan kedalam blog ini dapat memberi manafaat kepada semua.

Thursday, October 1, 2009

KESAN TAUFAN KETSANA DI CAMERON HIGHLANDS?



Semenjak heboh satu Asia mengenai taufan Ketsana yang melanda hingga kini, aku pun terperasan jugak Cameron Highlands sekarang amat berangin. Hujan dah turun sejak awal minggu lagi dan sampai kini susah nak nampak matahari. Biasanya jika menjelang bulan oktober, bolehlah dianggap musim hujan di sini dan pada waktu itulah jugak pelancong mula datang.

Apapun melancong ke Cameron Highlands pada waktu hujung tahun ada kelebihan dan kekurangannya. Baiknya ialah anda akan rasa kedinginan sebenar disini. Suhu yang saya catatkan pada subuh tadi ialah 14 darjah celcius (waktu tu amat berangin dan hujan renyai-renyai).

Tapi kalau nasib tak baik, pelancong akan hanya terperap di hotel jika hujan lebat turun sepanjang hari. Bayangkan betapa ruginya jika bayar hotel beratus ringgit semalam, tapi anda tak dapat kemana-mana.

Kedinginan pagi tadi juga memberi kesan kepada warga Cameron Highlands. Apa taknya, masa nak goreng nugget ayam untuk sarapan pagi tadi, aku dapati minyak yang baru beli dah mula membeku! Kenalah picit beg plastik tu untuk keluarkan minyak. Aku tak suka beli minyak dalam botol sebab setiap kali nak guna kena rendam air panas untuk cairkan. Kalau dah malas sangat, potong jer botol tu dan guna senduk untuk bawa keluar.


Gambar minyak dalam paket dah mula beku