Tengah termenung kat bilik tunggu visitor dari SIRIM yang tak sampai-sampai, aku pun belek blog kesayangan aku nie. Belek punya belek, rupanya ada pulak follower KUINA yang tag aku. Memandangkan orang SIRIM tu tak sampai-sampai lagi, maka aku jawaplah persoalan ke"tag"kan itu.
Kenapa aku berblog?
1. Mula kau menulis blog ialah pada bulan Mac 2009, kira barulah lagi kan. Puncanya ialah kerana terbukunya didalam hati satu perasaan kesian, sedih, marah, kachewa (macam perkataan zaman dulu je). Cuba bayangkan masa kita jalan-jalan kat Cameron bumi terchinta nie, baru jalan sepuluh langkah, ada pelancong nak tanya jalan, kedai makan kat mana, bank nak kuar duit kat mana, macam mana nak gie stesen bas, hotel itu ini kat mana. Kalau yang tanya tu orang Mesia takpelah kan, nie yang tanya tu omputih, jerman, tok arab, negro, tanzania, turkistan, cuma dari gohet-gostan je takde. Nak menjawap dalam bahasa omputih nie aku kurang sikit, jadi kadang tu bila diaju soalan maut yang tak reti nak jawap, terpaksalah aku jawap tak tahu. Lagi maut, aku cakap aku pun pelancong macam diaorang gak! Maka terciptalah blog nie, korang sebelum gie CH, tengoklah dulu blog dan dapatkan maklumat seadanya dari sini. Maka bila sampai CH takyah nak tanya orang lagi. Terus pergi destinasi korang nak tuju, jadi takyah buang banyak masa nak cari jalan. Dahlah jalan jem masa musim cuti.
2. Kadang tu cian jugak kat pelancong, bila makan kat kedai kekadang tu kena cekik. Tak semua penjual yang macam tu, tapi ada segelintir jugak yang ambil kesempatan keatas pelancong pasal makanan. Jadi aku buat blog nie yang ada unsur katering, sesapa nak buat rombongan buleh ambik katering dari aku dengan harga berpatutan. Itupun boleh menjimatkan masa korang. Bayangkan korang dari KL pukul 9 pagi, sampai CH kol 1 petang, makanan pun dah siap order dari aku dan terus makan. Kol 2 dah buleh gie jejalan mana-mana. Balik jejalan kol 7 malam, makan malam pun dah siap kat penginapan. Kan korang boleh jimat masa dari kehulu kehilir cari kedai makan.
3. Dengan blogging nie aku dapat ramai kenalan maya. Bukan kenalan bernama Maya tau. Selain kita berkongsi maklumat, dapat jugak kita mengeratkan siratulrahim. Walaupun follower aku tak ramai, tapi kira bolehlah tu.
Itulah seadanya jawapan dari aku kepada tog dari Kuina.
No comments:
Post a Comment