Wednesday, August 26, 2009

BERPUASA DI CAMERON HIGHLANDS

Bila tiba bulan ramadan, memang ade kelainannya suasana berpuasa di Cameron Highlands jika dibandingkan di bawah. Antara perkara menarik sepanjang ramadan ialah

1. Anda akan rasa cepat lapar, kol 10 pagi pun dah perut keroncong. Sebab kat sini sejuk dan badan kita akan memetabolismakan makanan untuk menjana tenaga haba, jadi memang akan rasa lapar cepat.
2. Kalau anda bekerja di luar (dibawah panas mentari) memang terasa haus, tapi tak terlalu ketara berbanding dibawah. Kalau anda kerja di dalam pejabat, asik dok ngadap komputer, memang tak rasa haus pun. Masa buka pun minum air segelas je. Memang tak teruja nak cendol, laici kang, atau sirap bandung. Cukuplah sekadar air teh suam.
3. Pasar ramadan tak berapa meriah. Kat Tanah Rata cuma ade lebih kurang 20 peniaga je dan kat Brinchang pun lebih kurang macam tu. Maka pilihan makanan tak banyak. Anak aku kalau pergi pasar ramadan, bukan kuih dicarinya, tapi mercun, bunga api. Tapi memang takdelah benda tu kat sini. Yang dia tahu pasar ramadan jual mercun bukan kuih.
4. Kalau anda jual air minuman, tak berapa jalan la. Kitorang lebih teruja pada makanan seperti kuih muih dari minuman dari cendol dan laici kang.
5. Walaupun jarak Tanah Rata - Brinchang hanya 5km, tapi harga makanan kat pasar ramadan adalah berbeza. Kat Tanah Rata buleh dapat kuih 3 singgit, tapi kat Brinchang dah jadi 5ketul 2 hinggit.
6. Taufu Fah penuh dalam tupperware cerah yang dijual singgit kat KL tu akan jadi singgit setengah kat CH dan isinya hanya separuh jer. Mahal sangat ke kacang soya tu?
7. Amat jarang jumpa stall yang jual kuih raya. Orang ambik upah jahit baju raya pun kurang.
8. Aku dah 3 minggu carik gula, memang takde kat CH. Tiap tahun pun macam tu. Dah terbiasa la pulak bila dekat raya nie.
9. Masa bulan puasa, masjid memang penuh masa solat tarawih. Lepas 8 rakaat dah kurang banyak. Kat sini sejuk, jadi balik rumah awal sikit katanya.
10. Pelancong memang kurang, jalan pun lenggang dan tak sibuk.

5 comments:

  1. puasa tahun depan, standby gula 10 kilo utk elakkan terputus bekalannya.
    _______________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  2. Dah terbiasa, minum air tawar jer bebanyak. Malas nak layan penyorok gula tu. Lepas raya nanti elok la bekalan tu.

    ReplyDelete
  3. Cameron Highlands sekarang sentiasa mengalamai kesesakan jalanraya di setiap hujung minggu. Rasa dah menyampah nak ke sana kalau mengenangkan masalah tu..

    ReplyDelete
  4. memang betul tee jay, sebab itulah kalau kesini lebih baik pada hari buasa, bukan hujung minggu.

    Saya pernah mengalami perjalanan hampir 3 jam dari kuala terla ke brinchang.

    ReplyDelete
  5. wow!!... 3 jam dari Terla ke Brinchang... ni dah tentu guna laluan Spg Pulai - Kg Raja...jalan tu walau pun lebih baik dr laluan Tapah - Tanah Rata tapi bg saya sgt jauh...

    ReplyDelete