Tuesday, July 28, 2009

PENGELUARAN STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS RM70 JUTA SETAHUN


CAMERON HIGHLANDS, 12 Julai (Bernama) -- Industri tanaman strawberi di sini seluas 30 hektar kini dapat menghasilkan nilai pengeluaran bernilai RM70 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum.

Beliau berkata ini ditambah pula dengan kualiti buah yang lebih besar dan sedap.

"Jika dahulu buah strawberi yang dihasilkan di sini agak kecil dan rasanya agak masam, tetapi kini tidak lagi apabila saiz buahnya semakin besar manakala rasanya lebih sedap dan manis.

"Malah saya berani katakan standard buah strawberi yang dihasilkan di sini hampir setanding dengan strawberi import dan ini terbukti apabila buah strawberi di sini mula dieksport ke Singapura," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Satu Daerah Satu Industri, di sini Ahad.

Johari berkata pencapaian itu adalah hasil langkah proaktif kementerian yang sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti strawberi tempatan yang dikeluarkan setanding dengan strawberi import.

Beliau berkata industri strawberi tempatan dijangka berkembang dengan lebih pesat menerusi aktiviti hiliran yang sedang diusahakan pihak kementerian seperti menghasilkan produk berasaskan strawberi seperti jem, acar, halwa, ais krim, teh, minuman dan strawberi kering.

-- BERNAMA

Tak tahu BERNAMA dapat sumber dari mana mengenai RM70 juta tu. Tapi hakikatnya strawberry memang memberi sumber rezeki kepada ramai petani dan pengusaha IAT seperti aku. Jangan ketinggalan untuk mencuba ACAR STRAWBERRY dan pastikan hanya menempah dari aku (Puan Mahnim Bt Musa) sebagai penulis blog Indahnya Cameron Highlands dan pemilik tunggal Alridzuan Bakery And Catering Services.

2 comments:

  1. Masa gi CH 2 minggu lepas memang puas makan strawberry. Sedap...

    Tapi masih belum rasa puas membeli pokok dr sana...

    ReplyDelete
  2. Moga kunjungan akan datang dapat memberi kepuasan membelibelah sepenuhnya.

    ReplyDelete