Friday, July 31, 2009

JADUAL AKTIVITI MINGGUAN ANJURAN MASJID ABU BAKAR, TANAH RATA

Sekadar makluman para jemaah dan warga Cameron Highlands


JADUAL KULIAH MINGGUAN

MASJID ABU BAKAR, TANAH RATA

MINGGU

HARI

PERTAMA

KEDUA

KETIGA

KEEMPAT

AHAD

Akhlak

Akhlak

Akhlak

Akhlak

ISNIN

Tasauf

Ahwal

Tasauf

Ahwal

SELASA

Fiqh

Hadith

Fiqh

Hadith

RABU

Fiqh

Fiqh

Fiqh

Fiqh

KHAMIS

Ramah mesra bersama jamaah



JADUAL KULIAH BULANAN

MINGGU

HARI

PERTAMA

KEDUA

KETIGA

KEEMPAT

JUMAAT

Tafsir

Fiqh Aulawiyah

Adab

Aqidah

SABTU

Tasauf

Hadith

Adab

Akhlak



AKTIVITI PETANG DAN MALAM (SETIAP MINGGU)

HARI

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

MASA

9am – 10.30am

3pm – 4.30pm

5pm – 6.30pm

9pm – 10.30pm

9pm – 10.30pm

5pm – 6.30pm

9pm – 10.30pm

PROGRAM

Al-Quran remaja

Usrah remaja

Al-Quran

Al-Quran

Al-Quran dewasa

Al-Quran dewasa



Thursday, July 30, 2009

PENDINGIN ROSAK, TUNTUTAN MUTAAH DITANGGUH



KOTA BHARU 29 Julai - Disebabkan kerosakan alat pendingin hawa, perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan oleh bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh terpaksa ditangguhkan kepada 25 Ogos ini.

Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdullah Man membenarkan penangguhan, semasa kes itu disebut di kamar beliau kira-kira pukul 10 pagi ini.

Ini merupakan kali kedua masalah pendingin hawa menyebabkan kes antara Siti Aishah Chou Abdullah, 24, dan bekas suaminya itu terpaksa ditangguhkan.

Pada 23 Julai lalu, kes tuntutan nafkah anak yang dikemukakan oleh wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah tidak dapat didengar atas alasan yang sama.

Berikutan itu, Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan menjadualkan semula kes tuntutan nafkah anak itu pada 19 Januari tahun depan.

Pada prosiding hari ini, peguam syarie, Mohd. Sibri Ismail mewakili Siti Aishah selaku plaintif manakala peguam syarie, Mohd. Raziman Yaakub mewakili Wan Ismail yang dinamakan sebagai defendan.

Menurut Mohd. Sibri, beliau memohon penangguhan tersebut selepas mengesahkan kehadirannya bersama anak guamnya manakala defendan hanya diwakili oleh Mohd. Raziman.

''Hakim bertanya sama ada mahu meneruskan perbicaraan atau tidak kerana keadaan panas dan tidak selesa lalu saya memohon penangguhan tanpa mendapat bantahan peguam defendan,'' katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Siti Aishah dan Wan Ismail, 54, yang berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2004 disahkan bercerai pada 18 November tahun lalu.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Komen aku: Kes nie kat luar Cameron (KL). Kesian jugak le kat dia nie, macam ade konspirasi jer pasal aircond rosak tu. Sampai 2 kali tangguh sebelum nie. Kat Cameron Highlands purata suhu dalam bilik ialah 20 darjah celsius, jadi takde masalah pasal aircond. Jika kesnya di mahkamah sesyen di Cameron Highlands, mungkin nasibnya akan berubah. Apa pun biarlah kes dia dapat diselesaikan dengan segera.

Tuesday, July 28, 2009

PENGELUARAN STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS RM70 JUTA SETAHUN


CAMERON HIGHLANDS, 12 Julai (Bernama) -- Industri tanaman strawberi di sini seluas 30 hektar kini dapat menghasilkan nilai pengeluaran bernilai RM70 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum.

Beliau berkata ini ditambah pula dengan kualiti buah yang lebih besar dan sedap.

"Jika dahulu buah strawberi yang dihasilkan di sini agak kecil dan rasanya agak masam, tetapi kini tidak lagi apabila saiz buahnya semakin besar manakala rasanya lebih sedap dan manis.

"Malah saya berani katakan standard buah strawberi yang dihasilkan di sini hampir setanding dengan strawberi import dan ini terbukti apabila buah strawberi di sini mula dieksport ke Singapura," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Satu Daerah Satu Industri, di sini Ahad.

Johari berkata pencapaian itu adalah hasil langkah proaktif kementerian yang sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti strawberi tempatan yang dikeluarkan setanding dengan strawberi import.

Beliau berkata industri strawberi tempatan dijangka berkembang dengan lebih pesat menerusi aktiviti hiliran yang sedang diusahakan pihak kementerian seperti menghasilkan produk berasaskan strawberi seperti jem, acar, halwa, ais krim, teh, minuman dan strawberi kering.

-- BERNAMA

Tak tahu BERNAMA dapat sumber dari mana mengenai RM70 juta tu. Tapi hakikatnya strawberry memang memberi sumber rezeki kepada ramai petani dan pengusaha IAT seperti aku. Jangan ketinggalan untuk mencuba ACAR STRAWBERRY dan pastikan hanya menempah dari aku (Puan Mahnim Bt Musa) sebagai penulis blog Indahnya Cameron Highlands dan pemilik tunggal Alridzuan Bakery And Catering Services.

Award dari Yulan Coqkodok

Setelah beberapa lama jadi follower beberapa blog, akhirnya aku ambik jugak award dari Yulan Coqkodok nie. Setakat nie takde sesapa pembaca blog aku yang dapat award dari aku....sebabnya?
*
*
*
*
*
Aku mana pandai wat award!


CACTUS POINT



Nama tempat: Cactus Point
Lokasi: Lebih kurang 4km dari Brinchang menghala Kg Raja. Ada signboard besar ditepi jalan. Sesapa tak nampak, pergi Yes Optical di Tanah Rata untuk check mata, manalah tahu banyak habuk yang masuk.
Tiket: Percuma. Tempat parking kereta memang banyak, nak parking lori untuk borong cactus pun boleh. Tapi waktu cuti, susah jugak nak parking.
Tarikan: Antara tempat terbaik untuk beli cactus. Untuk pokok bunga, pilihan tak berapa banyak la pulak.

Papan tanda besar untuk kemudahan pengunjung.



Pintu masuk ke Cactus point.



Pokok nie nama dia Nolina, masa kecik comel, dah besar mula hilang keanggunannya.



Jualan sayur, 3 paket=RM5.00.



Pasu bunga beraneka corak.







Pasu bunga saiz kecil.





Pasu plastik.





Cactus saujana mata memandang.



Cactus saiz gergasi. Harga lebih RM100 satu pasu.



Aneka jenis cactus. Aku tak tahu nama dia. Kalau korang tahu, bagi tahu kat aku...keyy.







Pokok strawberry.





Stand untuk cactus.







Lain macam jer...bentuk cactus nie.









Antara pokok bunga untuk dijual.





Cactus dari Holland. Kata tokeh kedai la....




















Pusat jualan makanan. Ada keledek rebus, jagung rebus, keropok dan lain-lain.



Aloe vera bersaiz besar.



Itulah semua mengenai tempat bernama Cactus point. Kalau anda ke Cameron Highlands, jadikan ia satu tempat mesti dikunjungi.