Tuesday, May 5, 2009
KENALI SAYUR-SAYURAN TANAH TINGGI
Apa yang menariknya di Cameron Highlands ialah jenis sayuran yang ditanam disini adalah berbeza dengan tanah rendah. Sayuran seperti cili adalah lebih mudah ditanam dan hasilnya adalah lebih baik. Kebanyakkan sayuran tanah tinggi disini adalah untuk pasaran tempatan dan sebahagiannya lagi untuk pasaran eksport seperti ke Singapura. Keluasan tanaman sayuran meliputi lebih kurang 51.2% dari keluasan bertanam di Cameron Highlands. Nilai pengeluaran pula dianggarkan 90 ooo tan setahun dengan hasil jualan lebih kurang 200 juta ringgit. Inilah menjadikan Cameron Highlands adalah sebuah pusat pengeluaran sayuran tanah tinggi utama di Malaysia.
Jom kita tengok jenis sayuran tanah tinggi di Cameron Highlands.
Gambar diatas sekali ialah bunga kobis atau omputih panggil cauliflower. Sayur nie datang dari pokok yang berlainan dengan kobis. Jangan korang ingat kalau pokok kobis dibiarkan lama-lama boleh berbunga pulak. Daunnya sama seperti kobis tapi dia mempunyai berbatang dan cauliflower tu akan muncul di bahagian atas sekali. Warna dia memang macam tu dan jangan korang ingat ada sesapa siram kaler pulak.
Yang ini cauliflower jugak tapi warna putih macam yang biasa kita jumpa.
Yang nie pulak keluarga caulifower juga, nama dia brokoli. Kalau kat Kea Farm boleh dapat 3 biji besar pada harga RM10 je. Kalau korang beli, bungkus dengan suratkhabar untuk mengelakan warnanya bertukar kekuningan.
Ini sejenis sayuran umbisi bernama ubi bit. Rupa macam lobak dan isi berwarna purple.
Sayur yang besar tu bukan timun tapi nama dia Zuchini. Aku tak reti nak masak apa benda nie.
Dibawah nie nama dia Yau Mak.
Tomato cherry. Sedap dibuat salad, campur dalam sambal tumis pun sedap la jugak. Saiz dia besar jari kita je.
Timun jepun. Kalau makan nasi lemak di Cameron Highlands akan dapat timun jenis nie.
Timun jugak tapi lebih besar dari timun jepun. Nama dia timun Holland.
Yang ini orang panggil watercrest atau selada air atau kemangi. Salah satu campuran kalau makan steamboat di Cameron Highlands. Rasanya macam kangkung.
Kat bawah nie nama dia sawi pahit. Memang ada rasa pahit sedikit, biasanya orang cina buat jeruk.
Sayur nie sejenis bayam dan namanya ialah poh choy. Kalau masak mudah lembik macam bayam jugak.
English pasley yang sering dijadikan ramuan masakan western.
Kum Chum dan jangan salah anggap, orang bukan makan bunga tu tapi putik bunga yang kecik tu. Sering digoreng dengan tepung, ala macam goreng cendawan tu....
Yang nie semua kenal....kobis
Sayuran nie namanya kaukei, banyak dieksport ke Singapura. Cara masak....tak tahu la pulak.
Yang nie kacang kara atau kat sini dipanggil kacang bangla. Orang bangla kat sini yang suka makan.
Sayur dibawah namanya sadri dan sering dicampurkan di dalam sup.
Itulah sebahagian dari sayuran tanah tinggi Cameron. jadi berkunjunglah ke sini.
assalamualaikum, banyak2 sayur saya lebih tertarik dengan sayur kobis.....baru2 ni saya telah cuba tanam pokok kobis (menjadi) hehehehe, puas saya cari benih yg tahan cuaca panas....
ReplyDeletedengan cuaca yg panas di melaka, pokok kobis tu nampak subur tapi yg x best tang 'kepala' kobis ditengah tu cuma sebesar penumbuk ajer.... x sebesar 'kepala' mcm di cameroon highland tuh...
geram lah....
Kubis memang sesuai dengan cuaca sederhana.
ReplyDeletePetua penanaman kubis di CH ialah guna tahi ayam reput dengan banyak semasa mula menanam dan pastikan pembajaan cukup dan siraman air yang banyak.
Hello,
ReplyDeleteTerimakasih diatas info tentang sayur-sayuran yang terdapat diCameron Highland.Saya berminat untuk membeli Kacang bangla(Kacang Kara)secara borong dalam kuantiti yg besar .diharap pihak tuan dapat membantu saya dari segi tawaran harga.Kuantiti yg dicari ialah dlm 10-20Metrik Ton sebulan.sila email pada saya di: drJLoudin@Lambenterpriseinc.com
Hi
DeleteSaya parti
Dari Cameron highlands
Says supply vege
No says 0195796981