Monday, May 4, 2009

JENIS SALAD CAMERON HIGHLANDS


Mula-mula dulu sebelum berpindah ke Cameron Highlands, aku cuma kenal salad bulat je. Asal nama salad, terbayanglah sejenis tu je. Rupa-rupanya banyak juga adik beradik salad nie selain dari salad bulat.

Setakat yang aku jumpa, adalah 4 jenis salad. Yang gambar diatas ialah salad bulat yang biasa kita jumpa. Biasa orang letak kat burger tu kan.

Kat bawah nie nama dia Salad Romaine. Dari Rom agaknya!


Yang kat bawah nie pulak Salad Butterhead. Ada aku nampak orang kisar salad nie buat air jus salad. Sedap kot, aku tak tahu sebab bukan selera aku makan jus-jus salad nie.

Yang nie pulak Salad Grean Coral. Kalau pergi Big Red Strawberry Farm, kat situ ada jual 3 pokok untuk RM10. Ditanam secara hidrophonik.

Yang nie pulak Salad Coral jugak tapi warna merah. Rasanya? Tak tahu la pulak, sebab aku kureng sket makan benda-benda colorfull nie...

Jadi, berkunjunglah ke Cameron Highlands

No comments:

Post a Comment