Wednesday, May 6, 2009
BUAH DARI TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS
Cameron Highlands mungkin terkenal sebagai pusat pengeluaran sayur-sayuran dan bunga yang terpenting di Malaysia. Jika ingin dikaitkan dengan buah-buahan, maka Cameron Highlands hanyalah satu tempat yang biasa sahaja. Mungkin hanya strawberry yang menjadikannya indah.
Tahukan anda bagi warga Cameron, kami tidak berpeluang untuk makan pelbagai jenis buah seperti anda semua. Mana ada pokok rambutan, durian, mangis atau duku kat sini. Celik mata je nampak strawberry. Kebanyakan pasaraya di sini hanya menjual buah oren dan epal. Pergilah mana-mana kedai/pasaraya, anda hanya akan jumpa 2 jenis buah tu je. Biasanya kami akan ke pasar malam di Tanah Rata pada tiap ahad untuk membelek-belek buah, itupun kalau ada dijual. Biasanya ada sorang pakcik tu yang jual buah kat situ, antara buah yang dijual seperti rambutan, durian, longan, mangis. Tapi harga dah tak sama seperti dibawah, mahal sikit.
Tetapi Cameron masih lagi mempunyai beberapa jenis buah yang menjadikannya unik. Antaranya
Yang gambar diatas tu nama dia Tembikai wangi. Buah nie agak mahal sikit walaupun rasanya macam tembikai susu atau memang dia tembikai susu pun!
Yang nie biasalah, strawberry
Ini pun aku nak kira buah jugak la....keledek madu. Saiz kecil je.....jangan cari saiz besar sebab memang takde.
Yang nie buah cinta. Cara makan, gigit buat lubang kat bahagian bawah dan sedut je....
Yang nie Apple Cameron.
Jadi jika anda berkunjung ke Cameron Highlands, carilah buah-buah nie.....
eh, best ape mkn strawberi je..celup ngn coklat..dgr kata, klau mkn strawberi y baru petik rasany manis sgt..xla cam kat pasar raya tu, masam gilew.. ♥
ReplyDeletetanah tinggi ini bnyk kenangan pahit manis... aku ingin melupekannya
ReplyDeleteSalam tuan. Agak2 boleh tolong courier buah2an nie ke JB tak??? nmpk mcm sedap je...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBini aku tgk dah mula ngidam nie..
Alamak ape aku nak jawab nie.... heheheh
nadri..
ReplyDeletesusah sikit nak courier, sebab buah spt strawberry tak tahan lama, kalau nak cuba bolehlah produk cameron lain seperti strawberry kering, jus, jem, acar strawberry.....
epal cameron tuh nampak lain sket. kompem kena carik+cuba nih...;)
ReplyDeleteYg kulit purple mcm terung tu apple cameron jg ke? Bru bli smlm
ReplyDelete