Seperti ada kekurangan jika sesuatu tempat yang sering dikaitkan dengan aktiviti pertanian tidak mempunyai pasar tani. Cameron Highlands juga tidak terlepas dengan tanggapan begitu. Pasar tani di Cameron Highlands diadakan seminggu sekali pada setiap hari ahad bermula dari 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Tapak pasar tani ini adalah sama dengan tapak pasar malam, jadi menariknya ialah pengunjung boleh membeli dari malam hingga ke malam esoknya!.
Untuk mencari lokasi pasar tani amatlah mudah, cuma ditepi jalan besar, betul-betul di hadapan Ibupejabat Polis Cameron Highlands di Brinchang. Bagi sesiapa yang menginap di Hotel Star Regency, jarak pasar tani hanyalah lebih kurang 50-60meter sahaja.
Pasar tani ini berkonsepkan Pasar Tani Pelancongan. Ini bermakna pengunjungnya adalah disasarkan kepada pelancong. Kenyataan ini mungkin benar kerana warga Cameron agak jarang kesana, mungkin dah biasa sangat dengan apa yang dijual.
Kebanyakan barang yang dijual seperti strawberry, jagung, bunga dan teh adalah agak murah berbanding yang dijual di gerai/kiosk. Yang pastinya tawar dulu harga tu sebelum bayar. Kalau beli banyak boleh minta kurang harga lagi.
Jom kita tengok apa yang ada.....
Pandangan dari jalan raya, parking je kereta kat tempat yang disediakan. Pada waktu cuti, jalan disini agak sesak jugak le...
Gerai menjual produk Cameron Highlands.
Jualan key-chain dan cenderamata. Kebanyakan cenderamata di sini warna merah.
Jualan bunga secara borong, murah je tu...
Jagung mutiara, salah satu identiti Cameron Highlands.
Ubi keledek madu
Ini yang dikatakan jambu kristal, orang Cameron panggil jambu jeruk. Makan banyak sakit tekak sebab direndam dengan air gula dan pengawet.
Madu lebah yang diternak di Cameron Highlands. Ladang dia boleh dilawati di Jalan Boh, Ringlet.
Cenderamata dari Cameron Highlands seperti kotak tisu, bantal, beg dan semuanya warna merah.
Baju bandel pun ada, pengunjung yang tak tahan sejuk boleh beli baju sejuk kat sini, murah je tu.
Lagi gerai menjual key-chain.
Jualan sayuran bergantung pada saiz bungkusan, ada 11 bungkus RM10, 6 bungkus RM10, dan macam macam lagi. Kalau beli jangan lupa minta lebih, jangan ikut sangat kuantiti tu.
Jadi, selamat datang ke Cameron Highlands.
Salam.
ReplyDeleteSekadar bertanya. Adakah Pasar Tani ini juga dikenali sebagai pasar malam yang diadakan di tapak yang sama?
Kalau betul.
bolehkah saudara nyatakan Hari dah jam yang diadakan pasar malam tersebut.
Thanks so much.
Pasar malam diadakan pada waktu malam sabtu dan ahad. Pasar tani pulak pada waktu pagi hari ahad.
ReplyDeletePasar malam ade jual makanan seperti martabak, sate, nasi ayam dll. Pasar tani takde jual semua tu, cuma sayur jer.
salam...
ReplyDeleteen.ridzuan, tmpg tye...
sy bercadang utk bercuti ke sana pd khamis dan jumaat..
pasar malam & psr tani ni ada time hjg mggu sbtu dan ahad je ke?? klu sy bercuti ke sna pd hari bekerja xde sume tu erk? sy nk beli keychain & cenderahati tu nk beli di mana klu selain pasar tani...
thanks sudi membalas...insan ingin tahu :)
maaf zie, lambat balas.
ReplyDeletePasar malam/tani memang hari tu je. Tapi kalau nak membeli belah selain hari tu, pergilah ke kea farm. semua ada dan semua penjual di kea farm pun akan berniaga di pasar malam/tani bila hujung minggu.