Wednesday, May 5, 2010

ADUHAI! 1 MEI 2010

Hari Pekerja jatuh pada 1 Mei 2010, hari sabtu. Bagi negeri yang cuti hujung minggu pada sabtu/ahad, biasanya cuti tersebut tidak diganti kepada hari Isnin. Bagi negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada jumaat/sabtu, maka mereka akan sambung cuti pada ahad (3 hari cuti).

Berdasarkan fakta tersebut, saya menjangkakan 1 Mei 2010 tidaklah sesesak mana seperti tahun-tahun lepas. Kebanyakan pelancong pun mungkin dari utara. Maka saya mengambil keputusan untuk turun ke Ipoh pada awal pagi. Sepanjang perjalanan ke Ipoh, saya lihat jalan menghala naik ke CH mula sesak, terutama dari Kea Farm ke Brinchang. Saya anggap itu perkara biasa.

Setelah selesai urusan di Ipoh, saya naik semula ke CH dan sampai Kg. Raja sekitar 5 petang. Jarak perjalanan saya cuma tinggal 25km sahaja untuk ke Tanah Rata.

Maka bermulalah perjalanan amat memeritkan saya dan kadar kesesakan teramat teruk. Apa yang saya boleh gambarkan disini ialah:

1. Saya menempuh perjalanan sejauh 25km selama 5 jam.
2. Saya tiba di Kg. Raja pada pukul 5 petang dan hanya sampai Brinchang pada pukul 9.48 malam.
3. Masa paling lama untuk kereta saya tidak bergerak langsung di jalanraya adalah 30 minit. Entah apa yang berlaku kat depan sampai tak bergerak langsung.
4. Kesesakan berakhir selepas pasar malam Brinchang. Selepas tu perjalanan menghala Tanah Rata kembali normal.
5. Terpaksalah qada solat magrib pada hari itu.

Apa yang saya perhatikan, antara punca perkara ini berlaku ialah

1. Hanya satu laluan untuk pengunjung dari Simpang Pulai ke CH. Sepanjang jalan utama tersebut pula terletaknya beberapa lokasi tumpuan pelancong.
2. Tiada tempat parking khusus dan mencukupi di 2 lokasi utama iaitu di Kea Farm dan pasar malam Brinchang. Kenderaan pengunjung diletakan di kaki jalan dan menyebabkan kesesakan.
3. Bila tiba waktu malam, kebanyakan land-rover milik petani diletakan dibahu jalan disekitar Kuala Terla, Tringkap dan Kg. Raja.

Mungkin perkara ini juga dialami oleh beberapa pembaca blog. Jika ada bolehlah berkongsi pengalaman anda disini.

~takde gambar pasal kesesakan nie sebab lupa nak bawak kamera~


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed