Tuesday, March 9, 2010
ENGLISH COTTAGE DI TAMAN AGROTEK MARDI
Lokasi: Di dalam Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands
Jenis: English Cottage
Bilangan: 2 unit (dua bilik dan tiga bilik)
Bilangan tetamu dibenarkan: 2 keluarga untuk unit 2 bilik dan 3 keluarga untuk unit 3 bilik.
Kemudahan: Kawasan BBQ berbumbung
Kadar sewa: Rujuk pamplet dibawah
Pamplet terbaru dari Mardi Agrotech.
English Cottage adalah seperti pada gambar 3 dari atas (rujuk gambar bawah ler...)
Thursday, March 4, 2010
PENDAKIAN TIGA PUNCAK DI CAMERON HIGHLANDS
-Copy paste dari Utusan Online-
Kunjungan ke Cameron Highlands kali ini adalah untuk menakluk tiga puncak yang menjadi tumpuan pendaki iaitu Gunung Pass (1,587m), Gunung Yellow (1,667m) dan Gunung Irau (2,110m) di Cameron Highlands.
Selepas hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands, Pahang, saya tidak melepaskan peluang untuk datang kembali ke tanah tinggi itu buat kali kedua.
Namun kedatangan saya kali ini bukan sekadar makan angin di kawasan sejuk itu, tetapi kedatangan kali ini adalah untuk menakluk tiga puncak gunung yang sering menjadi tumpuan para pendaki lain. Gunung-gunung itu adalah Gunung Pass (1,587m) di Blue Valley, Cameron Highlands; Gunung Yellow (1,667m) di sempadan Perak dan Pahang serta Gunung Irau (2,110m) di Cameron Highlands. Program yang dianjurkan oleh Orang Rekreasi Luar (ORL) kelolaan Uteh ini turut disertai pendaki berpengalaman. Berikut catatan pendakian kami pada 17 hingga 20 Disember 2009.
Hari pertama dan kedua: Kami berkumpul di sebuah restoran di Simpang Pulai, Perak pada pukul 10 malam sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Cameron Highlands dengan menaiki dua kenderaan. Hujan masih turun dengan lebat walaupun jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi. Keadaan ini tidak mematahkan semangat kami untuk memulakan langkah pertama menuju ke puncak Gunung Pass dan Gunung Yellow. Pendakian yang tidak mengeluarkan peluh ini tidak memenatkan.
Cuaca yang dingin menyebabkan pendakian kami berjalan lancar tanpa berasa penat. Kami tiba di puncak Gunung Pass pada pukul 9.50 pagi dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan.
Tidak lama kemudian kami meneruskan pendakian menjejaki puncak Gunung Yellow. Sepanjang pendakian itu, kami menikmati keindahan suasana alam yang rata-rata kawasannya ditumbuhi lumut menghijau.
Hujan sedikit sebanyak mengehadkan pendakian kami dan kami perlu lebih berhati-hati serta terpaksa mengurangkan rehat kerana jika terlalu lama berhenti rehat, ia boleh menyebabkan kaki mula terasa kejang akibat terlalu sejuk.
Jam menunjukkan tepat pukul 12.15 tengah hari dan seperti yang dirancang, kami perlu berhenti rehat untuk masak makan tengah hari sebelum menuju ke puncak Yellow.
Menu makan tengah hari adalah gulai ikan masin, kangkung goreng, ikan kering, teh lemon Cameron Highlands.
Seperti yang dirancang, kami selamat tiba di puncak Yellow pada pukul 4.30 petang setelah meredah belantara yang berlumut dan dingin. Harapan kami untuk menyaksikan matahari terbenam musnah kerana cuaca berkabus dan hujan mencurah. Setelah khemah dipasang, persiapan untuk makan malam pun dibuat yang mana menu pada malam ini adalah mi kari, cucur udang dan kopi panas. Sebelum melelapkan mata.
Kami sempat berkongsi pengalaman pendakian dan cerita-cerita yang berkaitan dengan aktiviti rekreasi. Malam yang dingin, membuatkan saya terus tidur lena.
Hari ketiga: Sekali lagi harapan kami hampa untuk melihat matahari terbit kerana masih hujan.
Walaupun masing-masing keletihan ditambah pula dengan kesejukan yang tidak terhingga , kami mesti menyambung perjuangan yang belum selesai. Menurut perancangan Uteh, kami perlu mendaki ke puncak Gunung Irau dalam jangka masa lima hingga enam jam sebelum mendaki turun dari puncak Irau menuju ke puncak Brinchang iaitu tempat kami meletakkan kenderaan. Mula mendaki pada pukul 10 pagi dalam cuaca sejuk dan hujan. Laluan dari Gunung Yellow ke Gunung Irau agak mencabar kesabaran kerana perlu melalui trek yang dilintangi oleh kayu balak dan dahan yang jatuh serta pokok-pokok berduri di kiri dan kanan.
Kadang-kadang terpaksa merangkak, membongkokkan badan dan melangkah balak yang melintang untuk melepasi halangan itu.
Namun kami tetap mengharunginya dengan sabar sebelum berhenti makan tengah hari pada kira-kira pukul 1 petang. Selepas makan, kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Irau dan tiba sekitar pukul 6 petang.
Oleh kerana salah seorang daripada ahli kumpulan kami tidak dapat meneruskan pendakian, kami terpaksa bermalam di Kem Irau Kecik. Sedikit kekecewaan melanda kerana misi kami terhalang, namun berkat semangat setiakawan, kami membuat keputusan untuk bermalam di situ.
Hari Keempat: Pada hari terakhir ini, kami perlu melalui laluan yang sukar kerana terpaksa meredah laluan turun yang agak menjunam serta melepasi akar-akar pokok yang bersimpang siur. Trek yang licin dan mencabar ini membuatkan perjalanan kami agak terhad dan lambat. Sepanjang trek, kami bertembung dengan para pendaki lain yang sedang dalam perjalanan ke puncak Gunung Irau. Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di puncak Brinchang, tempat kami meletakkan kenderaan, maka berakhirlah pendakian menjelajah tiga puncak gunung iaitu Gunung Pass, Yellow dan Irau. Pendakian kali ini amat bermakna dan cukup menggembirakan kerana tiada seorang pun antara kami mengalami kecederaan serius.
Sementara semangat setiakawan yang ditunjukkan cukup memberangsangkan. Aktiviti ini merupakan aktiviti terakhir kami sebagai menutup tirai 2009. Pastinya saya akan meneruskan lagi pendakian ke puncak-puncak gunung lain yang terdapat di bumi Tuhan yang maha esa ini.
Sebelum pulang ke destinasi masing-masing, kami sempat singgah di Ringlet untuk makan tengah hari dan membeli sedikit buah tangan dari Cameron Highlands untuk dibawa pulang sebagai kenangan.
Keindahan dan kesejukan bumi Cameron Highlands akan menjadi kenangan manis dalam ingatan kami buat selama-lamanya.
Wednesday, March 3, 2010
BENGKEL KENDERAAN DI CAMERON HIGHLANDS
Bagi sesiapa yang menggunakan kereta untuk ke Cameron Highlands, manalah tahu malang tak berbau kan. Terrosaklah kereta anda ditengah jalan sama ada Tapah - CH atau Simpang Pulai -CH. Sebenarnya perkara tersebut telah biasa saya dengar termasuklah beberapa milik kawan yang berhajat untuk ke CH tapi tak sampai kerana kereta tersadai di tengah jalan.
Jika anda melalui jalan Simpang Pulai untuk ke CH, bengkel terdekat yang anda akan jumpa ialah di Kg. Raja (~60km dari Simpang Pulai). Mulai Kg. Raja menghala Brinchang, ada beberapa bengkel yang boleh membantu anda. Jika anda melalui jalan Tapah-CH, bengkel terdekat pun ada di Ringlet (~45km).
Antara bengkel yang agak terkenal di CH dan biasa saya kunjungi untuk kete buruk saya ialah milik Cameron Highlands Tyre & Car Care Centre di Taman Royal Lily, Tanah Rata. Bengkel tersebut agak lengkap termasuklah perkhidmatan trak tunda.
Bengkel tersebut boleh anda hubungi jika anda dalam keadaan terdesak melalui alamat berikut
A-G-1, Jalan Royal Lily 5,
Taman Royal Lily
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-4915669, Fax: 05-4911663
1. Bengkel di CH taklah sebanyak seperti di KL, sebahagiannya bengkel kecil kat tepi jalan je.
2. Tidak semua bengkel lengkap dengan spare part yang anda inginkan, jika tiada anda kena menunggu beberapa hari untuk bengkel tersebut order dari Ipoh.
3. Kebanyakkan bengkel tutup lewat petang, kalau rosak malam, tunggu esok la untuk panggil pomen.
4. Jika kereta anda rosak di tengah perjalanan sama ada Tapah-Ch atau Simpang Pulai-CH, perlu diingat tidaklah sepanjang jalan tersebut ade line talipon!.
5. Harga? Kalau korang mampu gelongsorkan kete rosak tu turun bukit sampai Simpang Pulai atau Tapah, lebih baik repair je kat bawah.
HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS - GOLDEN NIGHT HOTEL
Nama: Golden Night Hotel (baru beroperasi tahun lepas)
Lokasi: Bandar Brinchang, belakang Hotel Kavy, sebelah Restoren Al Ghazali. Satu bangunan dengan pasaran Sakan.
Kategori: Hotel Budget
Kemudahan: TV dengan Astro (kat CH kalau takde Astro, maknanya tengok cermin TV tanpa gambar la jawapnya!), air panas, dekat restoren, pasar malam (100meter).
Kadar sewa: RM80 hingga RM120
Alamat: Lot No.2, Brinchang, 39100, Cameron Highlands
Website: HOTEL GOLDEN NIGHT