Friday, July 3, 2009

BETUL KE?

Copy and paste dari Utusan Online

11 tahun sudah jadi ibu?

03/07/2009 12:30pm

PETALING JAYA 3 Julai - Seorang Timbalan Menteri terkejut besar ketika beliau melawat wad bersalin Hospital Cameron Highlands baru-baru ini apabila mendapati ada kanak-kanak Orang Asli sudah menjadi ibu pada usia yang terlalu muda iaitu antara 11 dan 12 tahun.

Namun begitu, yang lebih membimbangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah adalah kejahilan golongan bawah umur ini bahawa mereka perlu mendaftarkan kelahiran bayi mereka.

Beliau berkata, kanak-kanak perempuan terbabit akan pulang ke tempat tinggal mereka di kampung terpencil dan bayi yang dilahirkan itu langsung tidak ada sijil lahir.

“Ini akan membawa masalah bukan hanya kepada anak, ibu bapa malah kepada kerajaan juga di masa depan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk kawasan perumahan Putra Heights, Subang Jaya dekat sini, Murugiah berkata, beliau akan membawa isu itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi melihat sama ada mereka boleh melantik segera seorang pegawai khas untuk mengendalikan kes sedemikian. - Bernama

Dah lama dok CH, tak pernah pulak dengar pasal nie. Yang aku tengok kat Sekolah Rendah Tanah Rata tu, anak orang asli dah educated pun. Kalau masuk perkampungan di Sg Ruil pun nampak golongan nie sama moden macam kita. Entahlah...baik aku "NO KOMEN"!


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

2 comments:

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed