Monday, May 4, 2009

LADANG KASIMANIS


Satu lagi tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong apabila berada di Cameron Highlands ialah KASIMANIS. Amat mudah untuk dikunjungi kerana ada papan tanda yang jelas menunjukkan lokasinya. Pengunjung sama ada dari Tanah Rata atau Brinchang akan jumpa jalan masuk ke Kasimanis betul-betul di hadapan Padang Golf Awam. Laluan masuk adalah sama dengan laluan masuk ke Strawberry Park Resort. Ia hanya lebih kurang 50 meter dari jalan besar.

Sebenarnya saya hanya pernah sekali sahaja ke sini walaupun memang duduk di Cameron Highlands. Sebabnya? Entahlah rasa macam tak berapa menarik berbanding tempat lain. Tapi kenalah masukkan juga dalam blog nie, manalah tahu bagi korang best la pulak.

Jom tengok apa KASIMANIS ADA...!

Papan tanda menunjukkan ladang tersebut. Tapi ini bukan papan tanda kat jalan besar, ia adalah papan tanda kat depan pintu masuk ladang tu.


Jalan masuk ke farm tu adalah gerai jualan yang menjual bermacam benda.



Ada pusat jualan, sempoi je gerai dia. Harga? tak berapa sempoi...


Strawberry untuk dijual, buahnya agak kecik, kalau korang dah nak makan sangat, bolehlah beli. Tapi kalau masih boleh tahan, carilah kat pasar malam, buahnya lebih besar.

Pokok entahapenamadia, untuk dijual

Deretan cactus untuk dijual, walaupun kat sini 7 pot/RM10 tapi agak kecik la. Lagi satu kat sini satu pot memang satu pokok, tempat lain kadang tu satu pot boleh dapat 2 pokok.

Pokok periuk kera dalam pasu.

Satu lagi pokok species entahapenamadia

Deretan pokok untuk dijual

Pokok tanduk rusa

Ini je yang menarik minat aku, strawberry Ice Cream, memang sedap. Harga? RM5 je....ari tu bawak anak 3 orang, dah kena RM15.

Jadi, berkunjunglah ke Cameron Highlands


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

4 comments:

  1. camni punya aiskrim RM5? eheheh, beli strawberi bebanyak bawak balik, then beli aiskrim 2 liter kt giant. pastu blasah smpi muntah...

    ReplyDelete
  2. hhehe...betul tu. Tapi dah anak nak sangat terpaksa beli.

    ReplyDelete
  3. lain rasanya bro...makan aiskrim kat CH ngan kat KL..feel dia lain sikit..........;p

    ReplyDelete
  4. kalo dah dia dok CH apa lak lain feel dia tu heheh...

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed