Friday, March 27, 2009

PERTANDINGAN KARAOKE TERBUKA EQUATORIAL CAMERON 2009

Satu pertandingan karaoke terbuka anjuran Hotel Equatorial akan diadakan bermula 1 April 2009 hingga 25 Julai 2009. Pertandingan ini mempunyai 12 saringan yang diadakan setiap minggu dan peserta yang berjaya melepasi saringan tersebut akan bertanding di pertandingan akhir pada 25 Julai 2009. Juara akan menerima hadiah wang tunai Rm1000 dan trofi.

Syarat pertandingan

1. Terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 hingga 50 tahun.
2. Pilihan lagu hanya lagu melayu dan inggeris sahaja.
3. Kategori pertandingan ada perseorangan.
4. Bayaran sebanyak RM30 dikenakan bagi setiap peserta.
5. Peringkat saringan akan diadakan untuk menentukan peserta ke peringkat akhir.
6. Keputusan pengadil adalah muktamad dan segala bantahan dan rayuan tidak dilayan.
7. Jawatankuasa kerja berhak untuk menambah, mengubah atau meminda segala peraturan dan syarat pertandingan.
8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Mac 2009.
9. Penyertaan hanya disahkan selepas bayaran pendaftaran diterima.



Jadual Pertandingan Karaoke

TARIKH

TEMPAT

MASA

PUSINGAN

1 April 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 1

8 April 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 2

15 April 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 3

22 April 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 4

29 April 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 5

6 May 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 6

13 May 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 7

20 May 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 8

27 May 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 9

17 Jun 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 10

24 Jun 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 11

2 Julai 2009

Lobby West Wing

6.00 pm

Saringan 12

25 Julai 2009

Cameron Ballroom

6.00 pm

Pertandingan akhir


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

Tel: 05 4961777 samb 7802





RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

Para penjawat awam pastinya mengetahui bahawa di Cameron Highlands ada kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan. Rumah tersebut tersedia bagi kemudahan kakitangan awam menginap jika mereka melancong ke sini. Anggapan bahawa rumah persekutuan sebagai tidak glamour adalah salah kerana pihak kerajaan di bawah Bahagian Pengurusan Hartanah telah lama menaik taraf kemudahan dan menjadian rumah persekutuan adalah bertaraf hotel.

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands adalah amat mudah untuk dicari. Terdapat papan tanda yang jelas menunjukan arah rumah tersebut. Laluan masuk ke rumah tersebut terletak di jalan utama Tanah Rata ke Brinchang dan berdekatan dengan jalan masuk ke Strawberry Park Resort.



Harga yang ditawarkan amat murah iaitu RM25 untuk bilik, RM50 untuk apartment dan Rm100 untuk banglo. Tapi kemudahan banglo hanya untuk pegawai gred 48 keatas sahaja. Walaubagaimana pun apartment yang ada amat luas dan sesuai untuk keluarga. Apa yang agak kurang menarik ialah tiada kemudahan memasak disediakan disini.

Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukan kemudahan yang tersedia.



Pintu masuk Ke Rumah Peranginan Persekutuan, ada ladang strawberry di sebelah pintu masuk



Taman permainan untuk anak-anak



Apartment pada harga RM50 semalam



Kemudahan tersedia di dalam banglo, tapi kena naik gred 48 dulu!

Tempahan untuk menginap boleh dibuat secara online melalui

www.bph.gov.my

Pengunjung tidak perlu menunggu lama (hingga 6 bulan seperti dahulu) kerana tempahan secara online membenarkan pengunjung masuk sekiranya ada kekosongan.


Kadar sewa bilik

Jenis Bilik Kadar (Semalam)
Banglo 3 Bilik RM 100.00
Apartmen 2 Bilik RM 50.00
Bilik Biasa RM 25.00
Dewan Mesyuarat RM 50.00
Dewan Makan RM 50.00
Dewan Serbaguna RM 50.00

Jadi kepada kakitangan awam, nikmatilah kemudahan yang disediakan.

STESEN MINYAK DI CAMERON HIGHLANDS


View Larger Map

Untuk makluman pengunjung, hanya terdapat 4 stesen minyak di Cameron Highlands iaitu 2 di Ringlet dan 2 lagi di Brinchang. Manakala bandar Tanah Rata tiada kemudahan tersebut. Stesen tersebut ialah Shell dan Petronas dan hanya beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 10 malam sahaja.

Pengunjung dari selatan yang melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands bolehlah mengisi minyak di Tapah sebelum naik. Jarak perjalanan dari Tapah ke Ringlet ialah 45km.

Pengunjung dari Utara melalui Simpang Pulai bolehlah mengisi minyak di Simpang Pulai. Jarak dari Simpang Pulai ke Brinchang ialah lebihkurang 70km.

Pengunjung dari pantai timur melalui Gua Musang boleh mengisi minyak di Gua Musang. Jarak perjalanan dari Gua Musang ke Brinchang ialah 120 km.

Jadi pastikan kenderaan anda mempunyai minyak mencukupi jika ingin ke Cameron Highlands.

Thursday, March 26, 2009

SENARAI HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS

Sebenarnya banyak hotel yang boleh diduduki semasa anda berkunjung ke Cameron Highlands. Tetapkan sahaja budget anda dan pilih yang mana satu berkenan dihati. Tapi kalau kolam renang menjadi salah satu keperluan anda, baik lupakan sahaja sebab mana ada orang mandi air sejuk kat Cameron nie. Kecualilah pihak hotel boleh beri kolam renang air panas.

Berikut adalah senarai hotel yang terdapat di Cameron Highlands untuk rujukan.






1. Casa De La Rosa (gambar diatas)
Lot 48, Jalan Circular,
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-4911 333
Fax: 05-4915 500
Nota: Tepi jalan besar Tanah Rata ke Brinchang, amat mudah ditemui.

2. Century Pine Resort
Lot 42, Jalan Masjid
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-491 5115
Fax: 05-491 1115
Nota: Ditengah bandar Tanah Rata, bersebelahan taman permainan dan padang sekolah. Dekat masjid Sultan Abu Bakar. Ada laluan jalan kaki melalui sungai ke Parit Fall.



3. Equatorial Hotel(gambar diatas)
Kea Farm
39100 Brinchang
Cameron Highlands
Tel: 05-4961 777
Fax: 05-4961 333
Nota: Hotel glamor kat Cameron, pengunjung jangan takut pasal makan sebab hotel nie ada sijil halal. Bersebelahan dengan kawasan membeli belah Kea Farm.



4. Heritage Hotel(gambar diatas)
Jalan Gereja
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-4913 888
Fax: 05-4915 666
Nota: Hotel lama, zaman penjajah lagi. Dekat dengan bandar Tanah Rata (1km).

5. The LakeHouse
30th Mile
39200 Ringlet
Cameron Highlands
Tel: 05-4956 152
Fax; 05-4956 213
Nota: Tepi jalan Ringlet ke Tanah Rata. Memang ada tasik sebelah tu, kadang ada orang memancing, tapi ikan takleh makan sebab bertoksik.



6. Rosa Passadena(gambar diatas)
No. 1, Bandar Baru Brinchang,
39100 Brinchang,
Cameron Highlands,
Tel: 05 - 4912288
Fax: 05 - 4912688
Nota: Hotel ditengah bandar Brinchang, agak bising sikit la sebab tengah bandar. Tapi bagusnya senang nak cari tempat makan, menikmati suasana bandar dimalam hari. Cafe kat dalam tu dulu ada sijil halal tapi pernah kena tarik, lepas tu dapat balik. Tapi baik tanya pengurusan dulu pasal tu kalau nak ambik bilik siap sarapan.

7. The Smoke House Hotel & Restaurant
By the Golf Course
Po Box 81, 39007 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-491 1215
Fax: 05-491 1214
Nota: Dekat dengan padang golf awam Cameron Highlands. Sesapa nak main golf, kena bayar rasanya RM40 sehari. Ada caddy dikalangan orang asli.



8. Strawberry Park Resort(gambar diatas)
PO Box 81
39007 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-4911 166
Fax: 05-4911 174
Nota: Nak sampai sini kena lalu jalan macam dalam hutan dulu sebab tempat dia agak tersorok. Tapi suasana memang menarik dan antara tempat tersejuk di Cameron Highlands kerana suhu pada waktu malam boleh mencecah 13 darjah celsius.

9. Hotel Chua Gin
No.11, Main Road,
39100 Brinchang
Cameron Highlands
Tel: 05-4911 801
Fax: 05-4912 782
Nota: Hotel biasa je, tapi tak tahu kenapa dia nie glamor kat sini. Berada betul betul ditengah bandar Brinchang, tepi jalan besar, dekat kedai, medan selera. Harga bilik memang murah.

10. Cool Point Hotel
891, Persiaran Dayang Endah
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-4914 914
Fax: 05-4914 070
Nota: Ditengah bandar Tanah Rata, dibelakang stesen bas. Hotel milik melayu, servis kira okey la.

11. Hotel Green Garden
Lot 13, Main Road
39100 Brinchang
Cameron Highlands
Tel: 05-4915 824 / 05-4961 824
Fax: 05-4915 824
Nota: Ditengah bandar Brincang, dekat hotel Chua Gin.

12. The Highlanders
80b, Persiaran Camelia 4,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands
Tel:017-4137204/019-5546210
Fax 05-4914934
Nota: Hotel budget ditengah bandar Tanah Rata, satu deretan dengan Maybank. Harga bilik memang murah.

13. Hotel Rainbow
Lot 25,
39100 Brinchang,
Cameron Highlands,
Tel: 05 - 4914628 / 4914648
Fax: 05 - 4914668
Nota: Ditengah bandar Brinchang dan bersebelahan pasaraya Jimat.

14. Parkland Hotel
Lot 45
39100 Brinchang
Cameron Highlands
Tel: 05-4911 299
Fax: 05-4911 803
Nota: Ditengah bandar Brinchang, tilam baru. Macam mana aku tau? Sebab masa hotel nie lelong tilam lama, aku ada beli!

15. Star Regency Hotel And Apartment
39 Main Road
39100 Brinchang
Tel: 05-4915 133
Fax: 05-4915 122
Nota: Hotel yang menarik kerana bersebelahan tapak pasar malam tiap sabtu dan ahad.


Anda boleh rujuk posting saya yang lain yang menunjukkan gambar, pamplet dan harga bilik hotel tersebut yang saya update dari masa ke semasa. Semua itu anda boleh capai dengan klik pada "label" - "hotel dan apartment"

Monday, March 23, 2009

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

Salah satu tempat tarikan pelancong di Cameron Highlands ialah Taman Agroteknologi Mardi. Amat mudah untuk sampai ke taman ini dan jarak dari Bandar Tanah Rata hanya lebih kurang 500 meter. Pengunjung boleh ke taman ini dengan melalui simpang Persiaran Dayang Indah di hadapan klinik kesihatan Tanah Rata dan jalan terus hingga menemui papan tanda masuk ke taman ini.

Bayaran dikenakan hanya Rm3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan pelajar. Jika pengunjung datang dengan bas, bayaran hanya RM40.00 untuk satu bas. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 5 petang dan ditutup selama satu jam iaitu pada pukul 1.00 hingga 2.00 petang.

Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di taman ini seperti ladang strawberry, ladang teh, kilang teh, petak fertigasi, jualan bunga dan cenderamata. Harga ditawarkan agak berpatutan dan harga adalah tetap sepanjang musim. Maknanya masa cuti atau tidak harga adalah sama, berbanding dengan tempat lain yang mana penjual boleh “main” harga jika berada pada musim cuti.

Jom kita tengok apa yang ada di sini.

Tempat masuk, kena beli tiket kat sini. Makanan ikan pun ada dijual untuk sesapa nak bagi makan ikan di kolam.

Ini peta untuk kemudahan pengunjung untuk menjelajahi taman ini.

Taman herba, betul-betul didepan pintu masuk. Jangan cari herba tongkat ali atau kacip Fatimah kat sini, sebab hanya herba Inggeris yang ada seperti oregano, pasley dan lain-lain.

Taman Inggeris dengan bunga-bunga yang cantik, kolam ikan dan jaga-jaga sebab ada sarang lebah kat pangkal pokok!

Pintu depan pejabat Mardi, ada skrin menunjukan suhu, pukul 12.30 tengahari dalam 21.5 darjah celcius.


Petak tanaman secara fertigasi, anak pokok masih kecil lagi, jadi nampak macam lapang je. Sekarang sedang ditanam tomato. 3 bulan akan datang, sesapa melawat taman ini bolehlah beli buah tomato murah.

Cerita pasal fertigasi, korang baca la sendiri (kalau ada mata boleh zoom la).


Kilang teh tertua di Malaysia. Di dalamnya mempamerkan mesin yang digunakan dalam penghasilan teh.

Pusat jualan barangan dan cenderamata, macam macam ada kat sini.


Pusat jualan bunga dan cactus. Ada pokok anggur untuk dijual dan kalau tanam kat bawah boleh hidup, kata orang yang jual tu la.

Cactus untuk dijual

Dalam pusat jualan bunga hiasan ada kolam ikan, tapi bukan untuk dijual.


Rumah orkid

Sesuai dengan pusat penyelidikan, Mardi juga menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian seperti plot anggur

Plot buah apple dan pir

Plot sayur-sayuran

Plot sayuran cili dalam kelambu.

Ladang strawberry yang menggunakan teknik fertigasi. Boleh beli buah strawberry kat sini,cuma tak boleh petik sendiri.

Dan banyak lagi yang tak sempat nak muatkan dalam blog nie.

Jadi, bercadang kesini?