Thursday, February 25, 2010

PERJALANAN DARI KUALA TERENGGANU KE CAMERON HIGHLANDS

Seorang pengunjung bertanya laluan untuk ke Cameron Highlands dari Kuala Terengganu.

Terdapat satu jalan yang biasa digunakan oleh warga Cameron yang berasal dari Terengganu iaitu melalui Tasik Kenyir. Dari Cameron Highlands menuju Gua Musang dan dari Gua Musang akan menuju Kuala Krai. Pengunjung akan masuk simpang ke Felda Aring dan terus melalui Tasik kenyir hingga ke simpang di Kampung Kuala Jeneris. Dari situ bolehlah terus menuju Kuala Terengganu.

Jalan tersebut masih baru dan jika dilihat dari peta Googgle yang saya lampirkan, jalan tersebut terputus. Tapi sebenarnya telah pun bersambung. Cuma perjalanan agak sunyi kerana masih kurang kenderaan yang melaluinya.


View Larger Map
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, February 12, 2010

HAPPY CHINESE NEW YEAR




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Tibalah sekali lagi waktu paling sibuk di Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JATUH CINTA DENGAN KEINDAHAN CAMERON HIGHLANDS



KEINDAHAN alam semula jadi dan cuaca yang berbeza daripada tempat asalnya terus menambat hati Azizah Itam, 65, untuk menetap di tanah tinggi Cameron Highlands, sejak 35 tahun lalu.

Keputusan tekad wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu dibuat selepas berkahwin dan mengikut suami tercinta, Jaafar Sidek, 74, yang ketika itu bertugas di Pejabat Daerah Cameron Highlands sekitar 1970-an. Menceritakan pengalaman awal menetap di pusat peranginan negara itu, Azizah yang mesra disapa Opah, berkata tanah tinggi itu terlalu sejuk sehinggakan menjelang tengah hari kabus sudah mula memenuhi persekitaran.

Malah, katanya, jika hujan pada waktu malam, permukaan air becak di luar rumah beku kerana terlalu sejuk. Lazimnya, penduduk Cameron Highlands akan keluar bermain bola pada waktu tengah hari kerana pada waktu petang cuaca cepat gelap serta berkabus tebal.

"Apa yang paling opah tidak boleh lupa ialah minyak masak tidak boleh disimpan dalam botol kerana ia boleh menjadi keras. Jadi, minyak masak disimpan di dalam plastik. Apabila mahu menggunakannya, terpaksa potong minyak masak itu atau mencedoknya menggunakan senduk," katanya ketika ditemui di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, baru-baru ini. Bagaimanapun, katanya, suasana dan cuaca seumpama itu semakin berubah, walaupun agak sejuk daripada cuaca di bawah, kina persekitaran tanah tinggi itu tidak sesejuk seperti dulu kerana pembangunan dan penebangan pokok.

Memenuhi masa lapangnya dengan mengusahakan kebun strawberi, Azizah mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian selepas melihat kesungguhan suaminya bercucuk tanam terutama bunga orkid kira-kira 20 tahun lalu.

Pada peringkat awal, sekitar 1990-an selepas berpindah ke Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands beliau membantu suaminya menanam pisang kaki, tanam pisang kaku, laquat (sejenis buah dari China - berbentuk bujur kuning dan manis) dan beri biru.

Beberapa tahun selepas itu, beliau dan suami turut menanam bunga orkid dengan sokongan Jabatan Pertanian Cameron Highlands. Hasil orkid itu, dijual kepada orang ramai.

"Suami memang gemarkan bunga-bungaan. Disebabkan ini, kami menamakan rumah kami 'Teratak Mawar' kerana sebelum ini kawasan keliling rumah dipenuhi pokok bunga mawar. Selepas selesai solat subuh rutin opah dan suami adalah membersihkan kebun, menyiram dan memetik bunga," katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas suaminya diserang angin ahmar pada 2007, beliau terpaksa melupakan seketika minat untuk berkebun kerana menjaga suami.

"Apabila suami sudah mulai sembuh dan boleh berjalan sendiri, beliau masih mahu menguruskan kebun. Atuk (Jaafar) memang tidak boleh duduk diam. Bayangkan kadangkala tanpa kita sedari beliau sudah keluar rumah dan berada dalam kebun. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti terjatuh, kami sekeluarga membuat keputusan menebang semua pokok buah dan menggantikan orkid dengan strawberi," katanya.

Beliau berkata, menantunya, Khairani Mohd yang juga pemilik ladang strawberi KHM banyak memberi bantuan dan sokongan dalam usaha membangunkan kebun strawberi itu.

Membenarkan pelawat memetik sendiri strawberi, memberi kelainan kepada pengunjung kebun strawberi Opah yang terletak di tepi rumahnya di Teratak Mawar, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata itu.

"Kebanyakan kebun dan ladang strawberi di Cameron Highlands ini tidak membenarkan pelancong memetik sendiri strawberi bagi menjaga kualiti buahnya. Tetapi di kebun ini, pengunjung boleh merasai pengalaman memetik strawberi sendiri." katanya.

Selain berkebun, Azizah turut membuka gerai yang menjual produk berasaskan strawberi seperti aiskrim, jem, kordial, acar, gula-gula dan susu kocak perisa strawberi untuk kemudahan pengunjung yang bertandang ke kebunnya.

"Kami juga ada membuat jem dengan resipi sendiri dengan jenama Opah Strawberries & Jem, selain turut menjual produk keluaran KHM," katanya.

Bercerita mengenai penjagaan pokok strawberi, Azizah yang turut dibantu dua pekerja berkata, pokok itu menghasilkan buah selepas tiga bulan ditanam dan keistimewaan strawberi dari Cameron Highlands ialah ia berbuah sepanjang tahun tidak seperti di negara Eropah yang mengikut musim.

Tiga jenis strawberi yang ditanam di kebunnya iaitu dari jenis harumas yang berasal dari Amerika yang bersaiz besar dan kurang manis; camarosa yang berasal dari Belanda dengan buahnya bersaiz pertengahan, boleh tahan lama dan manis, manakala yang berasal dari Jepun pula, buahnya bersaiz kecil dan manis tetapi tidak tahan lama.

"Tiada rahsia dalam penjagaan pokok ini. Tidak seperti pokok mawar yang perlu sentiasa dibelai, penjagaan pokok strawberi agak ringkas. Tiada petua khusus dalam penjagaan strawberi, tetapi apa yang sering saya amalkan ialah berzikir setiap kali membelek pokok strawberi itu," katanya.

Selain menanam strawberi, beliau juga turut membuka rumahnya sebagai tempat penginapan atau homestay untuk tetamu yang berkunjung ke Tanah Rata.

Azizah yang menaruh harapan supaya perniagaan dan pertanian ini diwarisi anak cucunya, mengakui selain cuaca yang nyaman, hubungan masyarakat di kampung itu yang terlalu erat menyebabkan beliau selesa dan mahu terus tinggal di kawasan tanah tinggi itu.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, February 4, 2010

PEMANDU BAS MAUT SELEPAS TERJUN DARI BAS

KUANTAN: Seorang pemandu bas henti-henti nekad terjun melalui pintu basnya selepas brek kenderaan tersebut tidak berfungsi.

Namun C Selwam, 39, kemudiannya menemui ajal dalam kejadian 6.45 pagi semalam di Jalan Taman Orkid Deluxe, Ringlet dekat Cameron Highlands.

Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Mohd Najid Jusoh, berkata mangsa bersama konduktornya baru sahaja mahu memulakan perjalanan untuk mengambil penumpang apabila kejadian itu berlaku.

"Mereka sedang keluar daripada kawasan Taman Perumahan Orkid Deluxe dan sedang menuruni bukit.

"Pemandunya dipercayai panik dan ketakutan apabila menyedari brek basnya gagal berfungsi ketika sedang menuruni bukit itu.

"Akibat terlampau takut, mangsa nekad terjun melalui pintu bas terbabit sebelum bas itu melanggar tebing bukit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Najid berkata selepas terjun, mangsa terjatuh ke atas jalan bertar dalam keadaan tertiarap.

Dia dikejarkan ke Hospital Ipoh untuk rawatan sebelum meninggal kira-kira 2.20 petang.

Konduktor itu yang berusia 30-an yang tidak ikut terjun hanya cedera ringan. - Bernama
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, February 1, 2010

KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG



KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah


Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM SULTAN PAHANG akan berangkat ke Cameron Highlands pada 4hb hingga 7hb Februari 2010.

Kami warga Cameron Highlands amat berbesar hati kerana Baginda dapat meluangkan masa ke Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed